Saturday, January 27, 2007

Photoshoot..Koreiv kali ke 2









Bashori Pengarah projek





Hazaruddin Timb pengarah 1







Dewi Timb peng 2






Haidar Akma Setiausaha







Junaidi Bendahari







Norhafiza PR







Hanis Pengangkutan








Ikhawan Tajaan







Khomathan Kebudayaan & cenderahati








Ramadan Research








Shawn Tugas-tugas khas







Azam Dokumentasi







Shahfiran Program Khas







Syafiq Multimedia


















































































































































































































































































































































































































Thursday, January 25, 2007

Sg yg tenang jgn disangka tiada duit : Sponsor la

20 Jan 2007

1. Pemberitahuan mengenai dokumentasi penajaan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

1 Kertas Kerja Program (biru)
2 Kertas Kerja Penajaan (merah jambu)
3 Surat sokongan Dekan
4 Surat Tajaan KOREIV’07
5 Surat kebenaran KPT
6 Resume setiap peserta untuk tajaan individu


2. Pembahagian tempat yang ingin di pohon penajaan adalah berdasarkan senarai yang diberi dan pembahagian akan dilakukan oleh Unit Tajaan.

3. Pendekatan tajaan terbahagi kepada dua, dalam dan luar KUKTEM

4. Penajaan untuk mendapatkan T-Shirt dan peralatan program perlu dilakukan dengan segera untuk memudahkan aktiviti ELC dan Motivasi dijalankan. Penajaan daripada Proton Edar akan dilakukan oleh saudari Haidar Akma.

5. Surat sokongan dari Rektor diperlukan untuk mendapatkan senarai tender yang berurusan dengan KUKTEM dari pejabat bendahari. (Tindakan saudara Bashori untuk mendapatkan surat tersebut)

6. Pengarah program mengingatkan kepada semua peserta untuk menyenaraikan syarikat individu yang ingin untuk menaja dan dikehendaki membawanya pada mesyuarat akan datang pada Isnin 22 Januari 2007.

7. Segala alamat yang akan diberi kepada Ikhwan pada mesyuarat akan datang adalah untuk pengurusan meletakkan no rujukan surat.

8. Berhubung dengan penajaan didalam & luar KUKTEM antara syarikat yang disenaraikan adalah seperti berikut:

1 Kafe & Koperasi UKK2 (Tindakan Bashori dan Junaidi)
2 Syarikat Mesin Basuh UKK2
3 Syarikat Watershock (watercooler) & Cleanliner (Tindakan Dewi)
4 Bank Muamalat (Tindakan Ikhwan)
5 Yeos/Maggi/Nestle/Ibrahim dan Ramlee Burger telah dihubungi oleh saudara Ramadan


9. Berikut adalah beberapa posedur yang diingatkan oleh pengarah program untuk dilakukan oleh setiap peserta setiap kali ingin memohon tajaan.

1 Setiap pengangkutan keluar KUKTEM hendaklah berurusan dengan saudari Hanis
2 Mesti memakai kad matrik sewaktu bertemu dengan pihak penaja
3 Pemakaian mestilah smart dan formal dengan seluar slack gelap serta berstokin gelap
4 Sentiasa bersedia dengan segala dokumen penajaan yang diperlukan
5 Etika hendaklah datang awal sebelum temujanji
6 Perkenalkan diri terlebih dahulu dan mengikut situasi menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris
7 Followup paling penting
8 Sentiasa membuat brainstorming bersama ahli KOREIV’07 sebagai persedian untuk membuat pembentangan kepada pihak penaja

10. Pengarah ada mencadangan untuk memohon derma tajaan daripada pensyarah setiap fakulti.

11. Permohonan tajaan dari RAKAN MUDA akan diuruskan oleh saudara Khomathan.

Clean day...

Pada suatu hari, peserta Koreiv telah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengemaskan bilik gerakan yang dimana telah berfungsi sepenuhnya pada hari ISNIN dan KHAMIS pada jam 10 malam.. bermula 20 Jan 2007

Fungsi bilik gerakan adalah:

  1. Tempat mesyuarat
  2. Sumber rujukan
  3. Bilik diskusi penyelidikan dan tajaan
  4. Tempat mengemaskini kertas kerja
  5. Tempat istirehat
  6. Tempat penyimpanan dokumen & dapatkan dokumen

Pelbagai fungsi lain dimanfaatkan oleh ahli Korea sendiri..

Antara aksi menarik semasa mengemaskan bilik gerakan ialah:

OOO..bertungkus lumus mengutip apa yang patut

who is that, is it really hardworking boy!!

And the result of clean day:

T.O.T English Language Camp

Bertempat di Astaka, peserta Koreiv telah melalui modul english language camp bagi menyediakan diri dengan modul yang ingin digunakan ke atas pelajar PMR dan SPM disekitar Kuantan.

Peserta Koreiv melalui pelbagai aktiviti antaranya:

  1. Nobita & Doreamon
  2. Kabadi
  3. A lot of punishments
  4. Cheers
  5. Longest word
  6. Island
  7. Games
  8. Singing time

Aktiviti ini amat menarik dan sekaligus merapatkan hubungan antara peserta Koreiv.

Malangya aksi menarik peserta tidak dapat dirakamkan kerana ketiadaan adik bongsu iaitu shafiq. Apa-pun aktiviti ini dapat melatih & Meningkatkan keyakinan peserta untuk bertutur dalam english sewaktu bertemu dengan adik-adik

Semoga program ini mendapat berkat hendaknya. AMIN

Sunday, January 14, 2007

Bilik Operasi KOREIV'07

Dengan ini dimaklumkan bahawa program koreiv07 telah memperolehi bilik operasi pada minggu yang lalu di kabin biru terletak di belakang pejabat HEPA.

Oleh itu, jika kita ingin menggunakan bilik itu, maka satu gotong-royong perlu dijalankan bagi memungkinkan kita menggunakan bilik tersebut.

Masa tarikh dan hari untuk gotong-royong akan ditentukan pada minggu hadapan.

P/s: marilah kita membersihkannya..

Friday, January 12, 2007

1.00 - 2.00 p.m fotografi session

Semua hadir untuk sesi fotografi ini kecuali setiausaha diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. Peggambaran berjalan lancar tetapi ambil gambar secara individu sahaja. Harap maaf diatas kesilapan yang tidak dapat dielakkan.

P/s: kene wat 2nd session plak ye. sorry la.

Sunday, January 07, 2007

Progress 6 Jan..meeting

Everyone , this the latest update regarding our last meeting. Hope all of you have a look and check upon your details ok. Sorry if miss anything..and progress in Malay ok

Agenda

Perkembangan progress (update) setiap unit: Unit Projek Khas, Unit Tajaan, Unit Aktiviti dan unit-unit lain.

Pendahuluan:

Pemakluman penarikan Rajasaravana dari KOREIV07 atas kesibukan komitmen lain
Koreiv07 menerima surat kelulusan KPT pada 5 Jan 07
Maka segala program boleh dijalankan seperti yang dirancang
Isi borang akujanji program

Progress:

Unit Projek Khas
Telah hubungi 2 buah sekolah dan terima maklum balas yang baik
Akan adakan English language camp and Program Motivasi
Dijangka mula hujung bulan januari
Terdapat sekolah di beserah ingin pihak koreiv berbincang dengan mereka mengenai program ( datang sendiri )
Modul ELC di buat oleh hazaruddin
Modul Motivasi di buat oleh Shahfiran
Semua peserta koreiv07 akan melalui modul motivasi & elc

Unit Multimedia
Menunjukkan segala hasil kerja beliau seperti design banners, flyers, buku program etc
Akan membuka satu laman web www.koreiv07.com dalam bulan dua dijangka siap

Unit Tajaan
Terima maklum balas dari syarikat - Exxon mobile/MISC/Shell/Sime Darby and Guthrie/colgate/proton edar(barangan sahaja)
Dalam proses – digi/ambank/sunway/casuarinas resort
Dimaklumkan pada mana-mana peserta yang ingin buat kutipan tajaan sendiri hendaklah memaklumkan kepada unit tajaan sebagai rekod
Segala urusan mengenai kedutaan korea akan diambil alih oleh saudara hazaruddin
Approach untuk syarikat kecil masih belum dijalankann sekarang bertumpu pada company besar
Approach pada yayasan pahang dan anak negeri akan dijalankan ( perlu sediakan resume peserta semasa meminta sponsorship)
Tambahan benefit untuk sponsor adalah menyediakan satu media interaktif berbentuk CD sebagai salah satu promosi dan persembahkan semasa lawatan di Korea
Akan membantu menyediakan segala bilangan dokumen dan surat penajaan
Surat sokongan dari rektor utnk program ini diperlukan untuk dapatkan senarai suppliers kuktem seperti frontier bond

Unit kebudayaan

Untuk kebudayaan tak dapat bincang aktiviti kebudayaan Cuma update terbaru mengenai kekwa, tourism pahang dan warisan budaya sahaja. Boleh terus menghantar surat pada pihak sana.

Lain-lain

Perlu sediakan tape 6 keping (tindakan shafiq)
Tajaan baju melayu dari Jackel (tindakan azam)
Rechek nama peserta (SU)
Chek email dan submit resume pada hazaruddin
Siapkan 25 fotokopi siap bind dengan selotape hitam (rabu depan 10 jan)
5 kopi yang printed untuk company besar (binding)
8hb paperwork penajaan bm siap (tindakan BD dibantu oleh azam)
8hb paperwork ELC & motivasi siap (uddin & pian)
9hb Unit tajaan update tajaan
8-14hb siapkan paperwork sponsorship English (khomathan)
8hb Bd tempah barang dari HEPA
Bash buat surat penajaan bersama ikhwan dan submit pada dekan 8hb
Standbykan sekali surat kpt 25 copy
9hb syafiq jumpa en imad untuk tajaan dari tengku mahkota
Khamis ini 11 Jan ada sesi fotografi di foyer canseleri lama pakai blazer jam 1 - petang

Ehm...ni memang untuk yang x formal jadi I main belasah je type ok...make sure u all do your work..Jya nam

Thursday, January 04, 2007

ANNOUNCEMENT!!

ANNOUNCEMENT

Meeting akan datang pada hari AHAD ini jam 9.00 pagi tempat belum pasti.
Segala perubahan tertakluk pada BOS, UDDIN.

Sila datang wajib kepada semua peserta.

COMPULSARY

Latest update bersama bos, BD, Dewi , Uddin & aku

3 Januari 2007.

Tanggal hari rabu satu pertemuan antara MT di buat.

Jadi ada discussion di kalangan kami.

Kalo semua nak tahu antara agenda adalah:

ü Pemakluman kepada MT yang tidak hadir semasa cuti mengenai perkembangan terkini program
ü Perbincangan kertas kerja penajaan
ü Perbincangan agenda mesyuarat untuk mesyuarat kali ke 3

Lepas itu, turut bincang pasal:

1. Program motivasi oleh Unit Projek Khas saudara Shahfiran ada dua bahagian:
a. Program Motivasi
b. English Camp


ü Program dijangka bermula pada minggu ke 3
ü Surat permohonan menggunakan nama Mpp
ü Melibatkan sekolah menengah dan rendah sekitar Kuantan
ü Ditetapkan 1 pelajar dengan bayaran RM 5

2. Program penyelidikan
a. Metodologi yang ingin digunakan masih belum disahkan
b. Tajuk yang sesuai belum ditetapkan dan boleh mendapat nasihat dari pihak penaja utama atau ‘brainstorming’ ahli jawatankuasa program
c. Penyelidikan berdasarkan ‘Tekno-usahawan’ masih diteruskan
d. Unit penyelidikan akan menetapkan masa & tempat berkaitan penyelidikan
e. Metadologi penyelidikan akan dipantau oleh saudari Dewi dan mendapatkan nasihat dari Miss Haslinda dan Puan Ina
f. Sebanyak 50 sample dari pelajar Malaysia perlu didapatkan
g. Penyelidikan makanan tidak bermasaalah melainkan semasa bersama keluarga angkat

3. Unit Multimedia yang diuruskan oleh saudara Shafiq ditugaskan untuk menyiapkan ‘design’ banner,flyres (korea/kuktem&program),poster dan buku program. Selain itu, mendapatkan ‘contact’ rakan media dan mendapat kerjasama dari Unit Korporat KUKTEM.

Setelah memastikan dewi & uddin faham akan apa yang berlaku terhadap koreiv07.

Maka ceritala pasal perkembangan program:

Antaranya: Ini berdasarkan apa yang setiausaha paham dan dengar kalau ada lebih lagi harap boleh beritahu pada saya ye..

1. Ahli jawatankuasa tajaan sudah menyiapkan senarai penaja yang ingin di pohon dan meneruskan usaha mencari tajaan menggunakan ‘email’ dan telefon. Sebanyak 30 buat syarikat memberikan maklum balas yang positif.
2. Unit kebudayaan & cenderahati sudah berhubung dengan Tourism Pahang, KEKWA dan Taman Budaya Pahang. Ketiga-tiganya memberi maklum balas positif untuk memberikan penajaan kemahiran dan peralatan
3. Unit aktiviti telah menyiapkan semua perjalanan aktiviti dan segala perubahan tertakluk kepada Timbalan Pengarah I
4. Unit Tugas-tugas Khas dalam usaha menyiapkan kertas kerja ‘Industrial Attachment’
5. Unit Dokumentasi telah menyiapkan kertas kerja Majlis Kesyukuran & Perasmian program
6. Unit Multimedia telah menyediakan blog & email program untuk memudahkan perjalanan program
7. Unit Projek Khas dalam perancangan menghubungi sekolah-sekolah sekitar Kuantan untuk program motivasi & English camp
8. Surat permohonan mengadakan program antarabangsa telah dihantar dan diterima pihak KPT pada 18 Disember 2006. Oleh itu, dijangka kelulusan akan diterima akhir bulan Januari.

Rasanya cukup setakat ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar yea..

ASSALAMUALAIKUM

ADA PLAK Perkembangan TERTinggaLL..

Kepada semua geng koreiv..nak pesan la nie ya..dah baca blog I kenalah sentiasa beringat sama ada kerja masing2x dah siap atau belum ok..jadi berikut nak letak bidang tugas sikit..

Nampak cam x penting tapi sebenarnya guideline masing2x..

Mana tahu tak siapkan tugasan ..ada yang miss ke ..tak ke nanti menyusahkan bos..

Sekarang masih x nampak tapi..suspect la skit pada bos ok..sebab dia dah la botak nanti x da rambut terus okla..x mau merepek lagi..

____________________________________________________________________

benda ni dalam kotak..takut x cantik plak.tapi x perla..

Bidang tugas Ahli jawatankuasa KORIEV07

Muhd Bashori b. Abu Bakar
Pengarah program
Memantau segala unit ahli jawatankuasa program

Mohd Hazaruddinn b. Muhammad
Timbalan Pengarah I
Pemangku pengarah program
Menguruskan segala hal-hal aktiviti dan urusan rasmi di Korea
Bertanggungjawab merangka aktiviti di Korea
Bertanggungjawab menghubungi tempa, industri dan universiti yang akan dilawati di Korea
Memantau unit aktiviti dan tugas-tugas khas

Dewi Haryani bt. Sulaiman
Timbalan Pengarah II
Pemangku pengarah
Menguruskan segala hal-hal aktiviti dan urusan rasmi di Malaysia
Membantu pengarah dalam urusan rasmi dengan universiti dan pihak kementerian pengajian tinggi
Memantau Unit projek khas, penyelidikan dan makanan dan unit tajaan
Menguruskan pertemuan dengan pihak-pihak di Malaysia

Junaidi b. Zakaria
Penyelaras Kewangan

Memantau jawatankuasa projek khas dan tajaan
Menyelaraskan dasar perbelanjaan program
Menyediakan kertas kerta penajaan
Menyediakan laporan kewangan semasa
Menjadi wakil berurusan dengan pihak bendahari KUKTEM

Haidar Akma bt Zainul Amri
Setiausaha
Memantau unit dokumentasi
Menguruskan segala surat rasmi keluar dan masuk universiti
Memfailkan surat dan dokumen rasmi
Menyediakan laporan semasa bagi setiap aktiviti
Menyediakan minit mesyuarat
Memeriksa setiap surat yang disediakan oleh ahli jawatankuasa program

Norhafiza Hamidon
Unit Aktiviti

Merangka program dan pengisian berbentuk pendidikan semasa di Korea
Bertindak sebagai PC program semasa program pendidikan dijalankan di Korea
Menyediakan tentatif program
Membantu timbalan pengarah 1
Menguruskan urusan rasmi dengan universiti yang terdapat di Korea
Bekerjasama dengan unit tugas-tugas khas untuk merangka aktiviti bagi program anak angkat
Mendapatkan pengurus program daripada orang korea sebagai pengiring semasa di Korea
Membuat penyelidikan berkenaan universiti serta tempat yang ingin dilawati

Mohd Ikhwan Saifulnizam b. Roslan
Unit Tajaan I
Menguruskan urusan rasmi dengan pihak kerajaan serta pihak yang berhubungan dengan KUKTEM
Sentiasa mendapatkan maklum balas dari pihak penaja
Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari tajaan
Mengurus dan merancang pertemuan bersama agensi serta pihak yang ingin memberikan penajaan
Mendapatkan senarai pihak yang boleh memberikan penajaan

Teoh Sun Jie
Unit Tajaan II
Membantu unit tajaan I
Menguruskan urusan rasmi dengan pihak kerajaan serta pihak yang berhubungan dengan KUKTEM
Sentiasa mendapatkan maklum balas dari pihak penaja
Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari tajaan
Mengurus dan merancang pertemuan bersama agensi serta pihak yang ingin memberikan penajaan
Mendapatkan senarai pihak yang boleh memberikan penajaan

Mohd Ramadan b. Mohd Khalid
Unit Penyelidikan dan Makanan

Menguruskan urusan penginapan semasa di Korea
Membuat penyelidikan berkaitan dengan makanan di Korea
Menyenaraikan senarai makanan tin yang boleh di bawa ke Korea
Menjadi Ketua Penyelidikan bagi penyelidikan yang ingin dijalankan di Korea
Menyediakan dan merangka borang survey, ‘questionnaire’, tajuk penyelidikan dan kumpulan sasaran yang terlibat di dalam penyelidikan semasa di Korea dan di Malaysia

Mohd Norazam b. Md Aris
Unit Dokumentasi

Membantu setiausaha dalam pengurusan surat menyurat
Membuat dokumentasi dokumen dalam dwi bahasa
Menbantu memeriksa setiap surat yang disediakan oleh ahli jawatankuasa program
Menjadi AJK Protokol bagi setiap majlis dan program di Korea
Menyedia dan mengedar sijil kepada peserta
Menjadi pengarah program untuk majlis perasmian KORIEV07

Khomathan A/L Valayetham
Unit Kebudayaan dan Cenderahati

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kebudayaan yang di rancang mengikut tentatif program
Membuat persediaan persembahan dari segi tarikh dan latihan
Mendapatkan peralatan untuk menjalankan aktiviti kebudayaan
Mendapatkan tajaan dari Kementerian Kebudayaan
Mendapatkan baju batik untuk tujuan promosi di Korea
Bertanggungjawab untuk menempah, membeli dan menyediakan cenderahati kepada pihak penaja serta kepada tempat yang akan dilawati

Shafiran b. Sarifuddin

Unit Projek Khas
Merangka program/projek di Malaysia bagi mendapatkan sumber kewangan
Menjadi pengarah program bagi aktiviti motivasi, ceramah, jualan dan bengkel
Menyediakan kertas kerja bagi setiap projek yang dirancang
Melantik AJK pelaksana program di kalangan peserta KORIEV07
Menyiapkan laporan setiap program

Mohd Syafiq b. Bachok
Unit Multimedia

Merekabentuk blog atau web page program KORIEV07
Bertanggungjawab merekabentuk buku program, slideshow, banner, flyers dan poster
Menjalankan publisiti meluas di dalam KUKTEM dan di luar KUKTEM
Mendapatkan rakan media untuk KORIEV07
Mendapatkan sponsor daripada rakan media
Mendapatkan tajaan promosi di Kementerian Pelancongan

Lau Kah Choon
Unit Tugas-tugas Khas
Mendapatkan maklumat untuk program lawatan industri di Korea
Menjadi pengarah program lawatan industri
Menyediakan kertas kerja lawatan industri dan pengisian serta tentatif program
Membuat penyelidikan tempat lawatan industri
Bertanggungjawab dalam lawatan rasmi dengan industri
Membantu Timbalan pengarah I
Menjadi person in charge untuk program keluarga angkat

............................................................................................................................................................................

Bidang tugas dah diserta kan, maka apalagi yang tinggal ya..

Nampaknya itu sahajalah dulu..sebab details peserta nak wat cantik2x sikit dengan penjelasan setiap peserta ok. Masih belum mempunyai gambar. Yang paling penting dah masukkan semua data dalam internet jadi x perlulah..risau kalau hilang data dari laptop...

Alhamdulillah lega sekarang. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan ini.

Kepada semua pembaca blog saya ini. Doakanla semoga program ini berjaya.

Dan akan saya peruntukkan satu masa untuk menceritakan mengenai program ini sejelas2xnya ok..saya buntukan waktu sekarang. Jam pun dah menunjukkan jam 4 pagi. tak sangka saya bersungguh betul dalam menyiapkan blog ini. Satu malam aja sudah penuh. Syukran

Oklah selamat malam..Assalamualaikum semua

Segala progress program DISEMBER 2006

Progress Program sepanjang cuti 2 minggu di KUKTEM

Sepanjang bekampung di KUKTEM demi untuk menyiapkan paperwork program yang terbaik. Semua peserta Koreiv07, berkecuali saudara hazaruddin & saudari dewi haryani telah bertungkus-lumus menyiapkan segala yang berkaitan di atas arahan pengarah program

Oleh itu, antara perkembangan yang di jalankan adalah seperti berikut:

1. Pembahagian tugasan oleh p.m
2. Membuat penyelidikan bg aktiviti, makanan, tempat, pengangkutan ,penginapan & etc
3. Buat senarai tajaan
4. Mengemail sesiapa yang berkaitan
5. Menyiapkan kertas kerja & surat-surat
6. Sentiasa mendownload perkara penting di KMC.


Sebelum lupa, tempat perjumpaan adalah di Library KUKTEM..

Sepanjang pengetahuan..berasa gumbira kerana semua membuat kerja yang bersungguh-sungguh dan tidak menampakan kelemahan. but who knows in da future?

Tugasan di atas nampak seperti sedikitkan..tetapi sebenarnya banyak.

.................................................................................................

PROGRESS PERKEMBANGAN TUGASAN SELAMA BEBERAPA HARI DI KMC/LIBRARY



Jam 10 pagi – 11 pagi

Unit Projek Khas
 Unit projek khas dikehendaki untuk merancang segala aktiviti yang boleh menjana sumber pendapatan kepada program KORIEV07.

Unit Penyelidikan & Makanan
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Multimedia
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Tajaan
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Tugas-Tugas Khas
 Menjalankan penyelidikan berkaitan dengan industri di Korea seperti Hyundai dan Samsung

Seterusnya pada sesi kedua, pengarah program telah memberikan tugasan lain untuk dijalankan oleh ahli jawatankuasa KORIEV07.


Jam 11 pagi – 1.00 petang

Unit Projek Khas
 Merangka kertas kerja dasar bagi setiap aktiviti yang di jalankan untuk menjana sumber kewangan program

Unit Penyelidikan & Makanan
 Merangka strategi perancangan penyelidikan yang ingin dilaksanakan di Korea dan di Malaysia
 Menetapkan tarikh yang bersesuaian untuk menjalankan ‘brainstorming’ penyelidikan bersama ahli jawatankuasa program
 Menyediakan kertas kerja dasar penyelidikan yang ingin dijalankan

Unit Multimedia
 Menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan rakan media untuk bekerjasama dalam menjalankan publisiti program KORIEV07
 Merekabentuk pamplet

Unit Tajaan
 Mendapatkan prosedur penajaan yang jelas

Unit Tugas-Tugas Khas
 Menyediakan kertas kerja dasar bagi lawatan industri yang akan dijalankan di KOREA

Tepat jam 4.30 petang semua ahli jawatankuasa beransur pulang.

.................................................................................................

PERKEMBANGAN SETERUSNYA SELAMA BEBERAPA HARI LAGI


Setiausaha - Sdri Haidar Akma bt Zainul Amri
 Membantu penyelaras kewangan menyiapkan belanjawan program
 Menyiapkan laporan semasa perkembangan tugasan KORIEV07

Penyelaras Kewangan - Sdr Junaidi b. Zakaria
 Menyiapkan justifikasi kewangan
 Menyiapkan belanjawan program

Unit Aktiviti - Sdri Norhafiza Hamidon
 Menyiapkan justifikasi tentatif program

Unit Projek Khas - Sdr Shahfiran Sarifuddin
 Menyiapkan kertas kerja dasar bagi aktiviti projek khas

Unit Penyelidikan & Makanan - Sdr Mohd Ramadan b. Mohd Khalid
 Menyiapkan kertas kerja dasar bagi aktiviti penyelidikan

Unit Multimedia - Sdr Mohd Syafiq b. Bachok
 Mengemaskini semua senarai alamat media di dalam satu ‘folder’
 Menyiapkan rekabentuk pamphlet - Negara Korea
- KORIEV07
- KUKTEM
- Majlis Perasmian
 Merekabentuk buku program KORIEV07

Unit Tajaan- Sdr Mohd Ikhwan Saifulizam b. Roslan
- Sdr Teoh Sun Jie

 Menyiapkan prosedur mendapatkan tajaan dalam bentuk kertas dasar
 Menyiapkan senarai alamat yang boleh memberikan penajaan
 Mendapatkan alamat tajaan daripada Sdr. Khomathan, Azam dan dewi
 Membuat penyelidikan tentang ‘contact person’ bagi setiap penaja
 Menyiapkan surat tajaan

Unit Tugas-Tugas Khas- Sdr Lau Kah Choon
 Mendapatkan alamat bagi tempat lawatan industri yang akan dikunjungi dan ‘housing gallering samsung’
 Menyiapkan ‘industrial attachment’ dan kertas kerja dasar lawatan industri

Unit Kebudayaan & Cenderahati - Sdr Khomathan A/l Velayetham
 Memberi senarai tajaan kepada Unit Tajaan
 Membuat penyelidikan untuk merangka bentuk persembahan yang bersesuaian untuk dilaksanakan semasa di KOREA
 Menyiapkan kertas kerja dasar untuk Malam Integrasi Budaya

Unit Dokumentasi – Sdr Mohd Norazam b. Md Aris
 Menyerahkan senarai tajaan kepada Unit Tajaan
 Menyiapkan kertas kerja dasar Majlis Perasmian dan Bacaan Yassin

Waktu menyiapkan semua tugasan tamat lebih kurang jam 4.30 petang. Oleh itu, semua ahli jawatankuasa bersiap-sedia untuk beransur pulang. Walaupun kepenatan tetapi semua ahli jawatankuasa bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

.................................................................................................

Tidak dilupakan juga progress pemilihan peserta..tetapi itu akan dipublish dengan sapa peserta itu ok..jadi last perkembangan should be laporan formal sikit & penghantaran proposal pd KPT..

.................................................................................................

LAPORAN PADA 19 NOV 2006

1.0 Ucapan aluan Pengarah program

1.1 Mesyuarat kali pertama ini dipengerusikan oleh pengarah program sendiri iaitu saudara Mohd Bashori b. Abu Bakar. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan umul kitab Al-fatihah dan kata-kata aluan pengarah. Ucapan tahniah turut disampaikan daripada pengarah program kepada semua peserta yang terpilih untuk menyertai program antarabangsa iaitu Korea Education Visit (KORIEV07).

2.0 Penerangan program Korea Education Visit

2.1 Memandangkan ini adalah pertemuan pertama bersama dengan semua peserta KORIEV07 maka pengarah menerangkan kepada peserta-peserta mengenai program ini secara kasar. Peserta telah diterangkan mengenai objektif dan matlamat serta perjalanan program ini dijalankan secara ringkas.

3.0 Pembahagian Tugas

3.1 Sehubungan dengan itu, pengarah telah menerangkan tugas yang akan di rancang dan dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa bagi melancarkan lagi program KORIEV07. Oleh itu, pembahagian tugas dan jawatankuasa seperti berikut telah di bahagikan. Selain itu, perincian mengenai tugas masing-masing juga turut dijelaskan oleh pengarah program.

Jawatankuasa baru organisasi KORIEV07

Unit Aktiviti Nor Hafiza bt Hamidon
Unit Dokumentasi Mohd Norazam b. Md Aris
Unit Multimedia Mohd Syafiq b. Bachok
Unit Tugas-tugas Khas Lau Kah Chun
Unit Penyelidikan & Makanan Mohd Ramadan b. Khalid
Unit Cenderahati & Kebudayaan Khomathan A/L
Unit Projek Khas Shafiran b. Sarifuddin
Unit Tajaan I Teoh Sun Jie
Unit Tajaan II Ikhwan Saifulnizam b. Roslan

4.0 Lain-lain

4.1 Terdapat pelbagai agenda lain yang dibincangkan dikalangan peserta untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam melaksanakan program ini. Berikut adalah antara agenda yang telah diperbincangkan.

Agenda I : Perbelanjaan program

Timbalan pengarah I saudara Hazarudin menerangkan kepada peserta secara kasar mengenai perbelanjaan perjalanan ke Korea secara kasar. Untuk pengangkutan program ini memperuntukkan lebih kurang RM 1700. Selain itu, pengangkutan secara transit di dalam korea berjumlah RM 500 per kepala. Oleh kerana pengangkutan merupakan perbelanjaan yang termahal maka timbalan pengarah menyarankan unit projek khas untuk bersiap-sedia menguruskan program yang dapat menghasilkan sumber kewangan. Secara totalnya program ini memerlukan RM 100 000 untuk memastikan program ini berjalan lancer. Walaubagaimanapun minima perbelanjaan merupakan separuh daripada perbelanjaan asal program.

Agenda II : Tajaan

Setiap peserta dikehendaki mendapatkan RM 2000 untuk menampung perbelanjaan program ini. Sehubungan dengan itu, kertas kerja tajaan perlu disediakan oleh unit tajaan mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh pihak penaja.

Agenda III : Tugasan kepada peserta

1. Pembayaran wang komitmen sebanyak RM500 pada minggu pertama pelajar menerima wang PTPTN
2. Menyediakan senarai syarikat yang berkemampuan untuk memberikan tajaan kepada program dan di serahkan pada mesyuarat seterusnya
3. Sediakan resume dan turut diserahkan pada mesyuarat seterusnya
.................................................................................................

Ok rasanya itu sahaja perkembangan sikit..tetapi sebenarnya ada lagi...ok


NEXT POST : would be sapa peserta koreiv with pic and submitting of proposol to kpt ok..serta new update k.. Jya na

HAPPY NEW YEAR to ALL KOREIV MANIAC


Happy new year guys. This I saja published the map to acknowledge everyone, where we wanna go actually. Memorize it if you can hehe..just joking. Jya na.. Selamat Tahun Baru. Penuhi hidup anda dengan azam baru. Berilah harapan untuk diri sendiri. Sebab xda orang nak bagi. Adios

This site belong to Secretary KOREIV07


This is me..and only me can update this blog. Others are forbidden

SECRETARY KOREIV07