Saturday, October 31, 2009

After hari raya aidilfitri

Selepas hari raya semua geng tampak sibuk dalam tugasan masing-masing di opis akibat kerja yang dikepamkan di bulan ramadan dibawa ke selepas syawal. Berita terbaru geng koriev adalah bdk hingusan azam, pja, anis dan khomathan telah berjaya menamatkan sesi pelajaran mereka dan bergraduasi pada 3 oktober yang lalu. Tahniah buat korang semoga korang dapat mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Pian dan Bash pula sudah bertukar status dari single menjadi im not single partial official, selesai majlis pertunangan sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu, Semoga dua insan ini berubah perangai dan menjadi sang suami yang soleh dan diharap tidak melupakan persahabatan antara kita yang seperti sukar untuk dicari lagi.

Aku dan BD juga tersangatlah sibuk untuk menghadapi final exam master masing-masing. Walau sibuk tapi hari ini aku terasa rindu akan koreivians lalu memaksa diri untuk membuat coretan di blog ini. Semoga kita semua dapat membacanya.

Cukuplah buat waktu ini, sebelum itu, adik bash iaitu mr syafiq sudah melaporkan status beliau di facebook kepada saya tentang penjejakkan syafiq di taiwan , pengalaman bersama koreiv memang amat menguntungkan beliau kerana berjaya menjadi insan cemerlang dan terbilang seperti yang dikehendaki dalam motto hidup beliau, pewitt.. ayat ku yang tak bleh blah..

ok salam sayang buat semua.