Setelah sekian lama merancang, akhirnya berjaya juga team Koreivians ke Cameron Highland pada 22-23 May 2009. Walaupun, ramai yang tak dapat join, tapi aktiviti bercuti ini diteruskan juga. Hehehe.
Uddin bertolak dari Kok Lanas dengan menaiki proton Saga BLM nya manakala, Bash,Bd, Haidar dan Pija bertolak dari KL dengan menaiki kereta ferrari rasmi,berplat KBT. Kami telah bertemu di Tanah Rata. Pada mulanya, kami sangkakan apartment yang kami sewa ni cikai aje, tapi semuanya berubah apabila kami diberikan kunci bilik Villa Dahlia. Apartment ni dilengkapi dengan ruang tamu yang besar siap dengan astro, ruang makan, 3 bilik tdur, 2 bilik air dan dapur yang serba lengkap. Bilik 404 agak seram pada mulanya kerana ada cerita hantu yang dikaitkan dengan bilik ini. Peristiwa kehilangan kunci menambahkan ketakutan Haidar pada bilik ini. Cuba bayangkan kami mencari kunci di semua penjuru termasuk didalam peti sejuk, tong sampah, dalam dadih, bulgogi dan semua tempat yang tak logik. Akhirnya kunci itu ditemui dalam sofa, tenggelam kerana dihimpit badan Uddin.

Apartment 404. Sangat menarik dan berbaloi.
Aktitivi memasak merupakan aktiviti utama. Masak sampai semua perut full. Walaupun ada bebarapa orang dikalangan kami yang diet, tapi dipaksa makan juga. Akhirnya aku dapat makan bulgi yang diidam idamkan selama ini. Hahaha.

Lelaki yang "sibuk" di dapur. Hehe

Lucnch dengan crispy chicken and sosej with delicious low fat milk and orange.

Proses menyipakan bulgogi. Aku yang wat tu :p

Bulgogi yang hampir siap

Bulgogi yang siap untuk dimakan.

Baked sosej Uddin

Pija & Haidar sedang wat koslow

Sarapan pagi dengan steam boat. Hehe

Proses menyiapkan dadih

Sayur Bronkoli uddin

Strawberry + Low fat milk

Omalet dalam proses
Selain masak masak, aktiviti berjalan + makan lagi + shopping juga semestinya menjadi satu kewajipan. Hehehe

Berposing sebelum membeli belah di pasar

Jagung madu yang best

tak sedap sgt pun strawberry chocolate nie...

melantak disteamboat ditepi jalan

Bersiar siar di taman bunga

Tak beli pun. Posing jer.

Pija berjaya dipujuk oleh makcik bunga utk mebeli bunga dengan banyaknya.

Menikmati teh tarik vanilla +green tea+ curry puff

Cameron Valley

Pija & Haidar di sebalik pokok tea.
Actually, sangat sronok la bercuti ni. Tapi, kalau semua Koreivians dapat join, lagi best dan havoc. Takpe, masing2 ade komitmen lain. Tapi, harapnya, semua dapat join utk aktiviti kita yang akan datang, di Beijing. Lebih kurang bulan 1 atau 2 tahun depan and sebelum Pian Kahwin. Hehehe :p So, please simpan duit at least RM 2000 dari skarang. Hehehe.