Saturday, July 28, 2007

Presentation Koreiv07 sewaktu Friday Wisdom UMP

Alhamdulillah, satu talk berkaitan koreiv07 telah dijalankan dengan tema Jalan-jalan cari Ilmu pada hari jumaat 27 july yang lalu. Presentation dilakukan oleh saudari Pja dan syukur semuanya berjalan lancar dan berjaya seperti yang dirancang. Semoga semua student yang mendengar ceramah tersebut mendapat keberkatan dan ilmunya. Amin

Monday, June 11, 2007

Memori Indah suka hati di Korea





Alah dua keping ni jer dlm simpanan aku..hehe lelain jgn jeles

Wednesday, June 06, 2007

Senarai laporan di kehendaki

Due date submit: Jumaat (7 Jun 2007) via email haidar_akma@yahoo.com

Antaranya seperti berikut:

1. Laporan Dokumentasi
2. Laporan Hubungan Luar dan Aktiviti
3. Laporan Kebudayaan dan Cenderahati
4. Laporan Tugas-tugas Khas
5. Laporan Tajaan
6. Laporan Majlis Perasmian

Laporan Kewangan tertakluk kepada segala urusan yang dijalankan bersama pihak bendahari dan HEPA UMP

Sila siapkan dan submit pada saya sebelum hujung minggu ini

Harap Maklum

Sunday, June 03, 2007

Saturday, June 02, 2007

Ikhtibar dari program masjid

Sepanjang berada di Seoul, aktivit team koreiv lebih berpusat kepada research dan mengenali hanyang dan bandar seoul.

Maka tidak terlintas setiap masa untuk memuhasabah kan diri masing-masing kerana kegembiraan yang tidak terhingga melanda diri berkaitan dengan berjaya menjejakkan kaki ke Korea dengan hasil usaha sendiri

Sehubungan dengan itu, apabila kami mengikuti program bersama Korean Muslim rasa muhasabah diri terserap didalam diri masing-masing

Agenda program cukup mudah dan ringkas:

Dimana kita akan memuhasabah diri di tempat yang indah permai iaitu di Soksa, sebuah kawasan pergunungan dan di situ kita sebagai manusia yang hina dan kerdil ini akan berkata bahawa indahnya tempat tersebut

Tanpa kita sedari sebenarnya kita ingin sangat mensyukuri nikmat tuhan yang maha esa
Kemudian, kami dipaparkan mengenai perkembangan Islam di Korea dimana Islam sudah masuk 50 tahun bertapak di Korea

Sebagai korean muslim sambutan 50 tahun ini adalah anugerah kepada mereka kerana telah diberikan hidayah oleh Allah dan mampu bertahan agak lama dan Insyallah Islam akan terus berkembang di Korea

Itulah sebenarnya harapan korean Muslim di Korea. Agar mereka di permudahkan urusan bersama Allah SWT. Masyallah

Masyallah adalah antara perkataan yang sering terbutir di kalangan muslim korea ini setiap kali adanya mereka kagum dengan kebesaran Allah dan kemegahan Islam di Malaysia

Perbincangan mengenai Islam di Malaysia turut dibincangkan dan antara perkara menraik adalah mendengar luahan dan pengalaman mualaf dari Korea bagaimana mereka memeluk Islam. Mereka boleh diibaratkan sebagai kain putih yang suci dan memelihara perilaku diri mereka sebaik-baik umat Islam

Sebagai umat islam di Malaysia sendiri adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjawab sebaiknya-seadanya dan seeloknya bagi memuaskan hati mereka. Supaya mereka tidak menyalah anggap bagaimanakah kehidupan seorang muslim di Malaysia

Muslim di Malaysia amat beruntung kerana telah Islam sejak dari kecil lagi dan memperoleh serta memperaktikkan anutannya bermula dari usia 7 tahun. Bayangkanlah betapa lama masa yang kita ada untuk beribadat kepadaNYA dan mentaati segala suruhannya.

Sebagai Islam apabila kita ingin membentangkan perihal Islam kepada orang lain adalah sama maksudnya seperti kita sedang berdakwah dan apabila ini berlaku kadang-kadang kita lupa adakah kita ini sememangnya khalifah Allah yang benar -benar ingin berdakwah di muka bumi ini.

Maka sebagai Islam kita perlu juga memuhasabah diri dan sentiasalah mentaati suruhan Allah dan berdakwahlah kepada diri sendiri dan orang lain. Anjakan paradigma juga perlu di ambil bagi membolehkan kita berhijrah kepada suatu bentuk lain yang kita senangi. Insyallah semoga hijrah kita akan mendapat keberkatan dariNYA.

P/s: program ini banyak mengetuk hati peserta untuk memuhasabahkan diri masing-masing AMIN

Jalan-jalan cari makan di Korea

Best meat ever in Korea Yummy...3x tambah

Aksikan skill masak anda..

kimchi vs fresh vegetables..Vege wins

Kawan baru di hanyang..best member ever

Kepala Ikan masak Asam

same asam pedas kot

itadakimasu..bersedia untuk makan

oo..memang sedap ini ikan mentah

KIMCI..and lempeng hijau

perut....and food

habis sudah makan..paling sedap sekali

ada lagi makanan..

senyuman kelaparan..

alah kesiannya sangat lapar rupanya..

aik tangkap gambar dulu sblm makan















Sunday, May 27, 2007

4th day. Academic Tour in Hanyang Lab

Research and innovation expo in Hanyang
Chemical lab
Chemical equipment
Biotech-stuff
Mechanical stuff
Briefing upon the engine






Saturday, May 26, 2007

2nd n 3rd day di Hanyang University..




Research view in classroom

Hanyang Plaza

Hanyang punya Logo Cai Lab kot..

Gegaran Train di belakang..gegar..

Segaknya walaupun menunggu subway shj di Hannam Station












































cetusan perasaan dan rasa di Korea 1st day..

Gambar kenangan bersama Dato' Gamsa Hamnida Dato'

Perbincangan bersama Dato' sebelum taklimat

Mengemas (konon) sebelum taklimat bersama Embassy
Energetic and full of excitement

Semasa di Hong Kong International Airport

ehm nak ceritakan semua pasal aktiviti di korea memangla tersangat bestnya..sampai x terkata..jadi sy lampirkan pic sahaja sebagai tatapan semua ok..ini baru first day..






































Wednesday, May 16, 2007

Destiny and arrival to Korea...

Haha..walaupun cuti di Korea ada internet. Maka dengan itu aku boleh mengupdatekan perkembangan terbaru team Koreiv07 kami di Korea.

Kami menaiki flight jam 6 ptg di KLIA dengan penerbangan Cathay Pacific makan masa lebih kurang 3 jam shj. Flight memang best sebab servicenya agak baik dan cepat. Memang cool la..boleh makan macam2x..boleh tgk TV dan dgr radio. Memang seronok bagi mereka yang 1st time naik belon.

Pastu kami tiba di HKIA Hong Kong International Airport. Ehm memang betullah..seperti yang ditunjukkan dalam Dokumentari Extreme engineering..Air port HK memang macam kapal bentukknya ada terowong dan sangat bercahaya. (cayalah airport HK)..

Then pg semyang jap di tgh2x laman tempat menunggu HKIA...ehm tapi ada yang kena marah dgn makcik cleaner tandas sebb amik wudhu terjejeh-jejeh airnya di lantai (sian depa yg kena marah huhu)...

Pastu kami naik flight semula ke Seoul..haha destinasi yang terakhir patut kami tiba akhirnya.....

Tepat jam 5.45 pagi kami telah menjejakkan kaki di bumi Korea. Oh Tuhan terima kasih kerana memberikan kami peluang ini. Gamsa Hamnida.

Then checkout.. dari situ untuk menunggu Hakim dan Sist Ariza. Tepat jam 8.15 pagi kami menaiki bus untuk ke APT embassy. Bapak jalan kaki punya jauh dan mendaki bukit. Kenapa la buat atas bukit. Tapi okla..experiance baru dan best..

Ehm APT Korea memang best..guls dapat master bedroom dan boys kena dok luar ler and dapat 1 room. Apa-pun memang cool excited and best dapat sampai ke Korea.
Tak sabar untuk menunggu hari esoknya..Apa-pun semua pi rest dlu. TIDUR..

Bye2x..

Monday, May 14, 2007

OFFWORK TEAM KOREIV07..

Team Koreiv07 tiada di Malaysia bermula 15 Mei 2007 sehingga 22 Mei 2007...jadi sebarang followup sila hubungi kami setelah kami pulang di Malaysia. GAMSA HAMNIDA

DOAKAN DELEGASI KOREIV07..AMIN

Terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang memberi sokongan kepada pihak Koreiv07. Semoga doa anda semua memberi keberkatan kepada delegasi Koreiv07.
Insyallah AMIN..

P/s: kami akan pergi menjalankan penyelidikan teknousahawan di Hanyang Universiti...

habis sudah Majlis Perasmian ..ARGHH..!!!

Berkat kesabaran para peserta koreiv07. masa2x yang dinantikan iaitu majlis perasmian Koreiv07. telah selamat dijalankan dengan begitu haru biru sekali..dan penuh kesyukuran....

Majlis bermula dalam jam 9.15 pagi dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' NC dan wakil penaja utama dari Hightech padu..dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Kemudiannya semua menjamu selera di DK dengan bersemangatnya..

Sedikit sesi temuduga dijalankan oleh Press dari NST, the star and berita harian. Bash , dewi dan adan telah ditemuduga (beruntung badan)..hehe

AAAAAARGHH!!!!!!

Semua peserta sangatlah keletihan dimana badan masing-masing sudah tidak dapat lagi menampung badan. Maka sesi petang untuk menyusun dan mengemaskini meja & kerusi di anjak ke jam 3 ptg..

Bila sesi petang plak..memang lah penat disebabkan ..semua peserta telah bertungkus lumus untuk mengemaskini meja, kerusi dan dewan yang telah digunakan..sehubungan dengan itu, cenderahati untuk research n cenderamata pihak luar telah diagihkan sesama peserta..

Selesai..pada petang plak..selepas magrib aktiviti bacaan yassin secara ringkas diadakan untuk memberkati lagi perjalanan delegasi koreiv07. Semoga delegasi ini memperoleh keberkatannya.

Ok. Doakan kami semua berjaya. AMIN

Thursday, May 10, 2007

semakin nak pergi..semakin banyak duit masuk..

Alhamdulillah...

Kepada team koreiv07 yang sentiasa tekun dan jitu mencari sponsor. Terima kasih.
Berkat kesabaran semua, duit kita semakin banyak mengalir masuk walaupaun tidak banyak tetapi ianya memungkinkan kita untuk pergi ke Korea 15hb Mei 2007 ini.

Jadi teruskan usaha murni ada. Gambatte Kudasaii..

P/s: perlukan lagi RM 3000 sahaja lagi untuk memberikan keselesaan penuh pada peserta. AMIN

Perit ..jerih sebelum majlis perasmian Koreiv07

Ehm..jerit perit beerti usaha. Usaha tidak akan datang tanpa kerja yang bersungguh dan ikhlas tidak akan lahir daripada riak. Di pendekkan cerita, persiapan untuk menguruskan majlis perasmian Koreiv07 amat menguji kesabaran para peserta.

Ini kerana majlis serba ringkas ini dirancang dalam masa yang cukup singkat dan perancangan yang cukup banyak dan teliti.

Paling menggerunkan sekali, untuk memanggil para penaja untuk hadir sebagai tetamu didalam majlis tersebut. Walaubagaimanapun, berkat kesungguhan AJK Jemputan iaitu PJA, ADAN dan SHAWN..serta semua peserta Koreiv yang telibat secara tidak langsung merupakan 60% daripada kejayaan majlis perasmian ini. (banyak 60% ini)..

Tak lain dan tidak bukan, apabila melibatkan majlis rasmi maka pelbagai ucapan untuk pihak2x VIP perlu disediakan. Tak termasuk skrip MC lagi. Wargh...peserta Koreiv terpaksa memecahkan otak masing-masing untuk mengeluarkan ilmu protokol mereka walaupun sebenarnya tiada sekelumit pengetahuan di otak mereka. (hehe..)

Apa lagi ya..ya ya ya..

Cenderahati untuk penaja2x, peserta Koreiv, pihak luar, pihak universiti dan tempat2x di Korea ..semuanya perly disediakan.Wargh sekali lagi..memang hebat peserta Koreiv ini kerana dalam seminggu sahaja dapat menyelesaikan semuanya..(cool)..

Oklah..buat masa ini sahaja jerit perit majlis perasmian dan untuk makluman semua Koreiv07 ada menyediakan buku program yang terhebat abad ini.
Ok . Good luck koreiv07 team..

ANNOUNCEMENT: Majlis Perasmian KOREIV07..

Semua pihak di UMP dijemput hadir. (Sila tunggu kad Jemputan dari Koreiv07)

Sehubungan dengan akan pemergian delegasi Koreiv07 ke Korea pada 15hb Mei 2007 ini dengan menaiki pesawat Cathay Pacific di KLIA.

Di war2xkan kepada semua warga UMP bahawa satu Majlis Perasmian Koreiv07 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh:14 Mei 2007
Masa: 8.30 pagi - 12.00 Tgh
Tempat: Dewan Kuliah Utama DKU1

Tujuan majlis ini adalah untuk menghargai dan meraikan para peserta Koreiv07 yang telah bersusah payah untuk menjayakan program ke Korea ini.

Semoga segala jerit perih mereka berhasil tatkala menjejakkan kaki di bumi Korea.
Semoga berjaya delegasi ke Korea ini.

Tuesday, May 08, 2007

ANNOUNCEMENT MEETING BERSAMA HEPA

Ingatkan pada semua team Koreiv07.
Meeting bersama pihak HEPA akan diadakan esok jam 8 pagi.
Jadi bersedialah ok.

Sunday, May 06, 2007

I minggu terakhir untuk KOREIV07? Ada apa yer??

Ehm..banyak yang akan berlaku dalam satu minggu...debaran setiap peserta makin terasa..

Apabila deposit bayaran tiket telah dibuat, jelas membuktikan bahawa team koreiv bakal menjejakkan kaki di bumi Korea. Ini sememangnya akan berlaku insyallah. Dengan berkat dari ALLAH SWT dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh peserta Koreiv akhirnya menghasilkan hasil.AMIN

EHM..untuk sepanjang minggu depan banyak kerja bertimbun. Ini adalah tanda peringatan bagi semua peserta. SU listkan semua dibawah ok.

Antara tugasan utama next week ialah menyelesaikan Majlis Perasmian Koreiv07:

1. Perlu selesaikan jemputan untuk majlis perasmian
2. Senarai barang yang perlu di bawa
3. Cenderahati penaja
4. Cenderahati tetamu
5. Cenderahati untuk tempat yang akan dilawati
6. Persiapan tempat dan perjalanan majlis
7. Meeting bersama department di UMP
8. Buku program
9. Slide show bg research dan program koreiv + UMPnya
10. Penyediaan PC dan su setiap program yg berjalan di Korea
11. Nak packing barang-barang
12. Dapatkan first air
13. Semua peserta kena dah siap tukar duit sendiri RM kepada WON ok
14. Hal-hal persendirian...
15. Laporan(nanti SU akan bg)
16. Amik ticket..paling penting ok
17. Hal-hal reserach sikit...

Ini sahajalah yang perlu disediakan dalam minggu depan..sikit sahaja.....ok
Jadi selamat berusaha semua team Koreiv07...

LOVE U GUYS..

Senarai sponsor KOREIV07...

TERIMA KASIH SEMUA..


Sartorius (M) Sdn. Bhd.
Global Electromech. (M ) Sdn Bhd
Mentari Alam Enterprise
Aspire Revolution Sdn Bhd
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd
Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor
D.I. Scientific Sdn. Bhd.
Silverstone Berhad
Ameir Enterprise
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Perkin Elmer Sdn Bhd
FPG Oleochemicals Sdn. Bhd.
Mutiara Warisan Tecnology Sdn Bhd
Fikrah Engineering Sdn. Bhd.
Pakar Management Technology (M) Sdn Bhd
DN Scientific Sdn Bhd
YB Chia Kwang Chye
Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd.
WJSB HOLDINGS
Sufiah Sujak
Casa Technology Resources Sdn. Bhd.
Kemuning Saintifik Sdn Bhd
NEC Semiconductors (M) Sdn Bhd
Mr Teoh Lam Ho
Dato Kadir (K-LINK)
Frontier Bond Sdn Bhd
Toxipac Services Sdn. Bhd.
ETD Makmur (M) Sdn. Bhd.
Rescorp Trading
Mr Sulaiman Bin A.Hamid
Vendor UMP (IKHWAN)
Alumni (HAFIZA)
Alumni (IKHWAN)
Era Gemilang
LPU
Kerajaan Negeri Pahang
Universiti Malaysia Pahang

24 jam di atas bus UMP..melucu atau tidak..

Semalam hari sabtu, 5 mei 2007. delegasi koreiv seramai 5 org iaitu, yuya@anis@athan@shawn&kenny telah meredah perjalanan ke KLIA berada di atas bus dari jam 12 tgh sehingga 5 pagi (Ahad)..

Perjalanan ini sungguh la jauh memakan beratus-ratus KM..sekadar hanya untuk menukar wang RM kepada 80 ribu won sahaja(3 ratus ringgit sahaja).. Perjalanan bermula di UMP-Temerloh-KL-KLIA-Temerloh semula-Patah balik ke Jerantut-seterusnya ke Kuala Tahan melalui Gua Musang..wakakaka..kami berlima telah melalui satu pengalaman yang merasa melucu...

Walaubagaimanapun, aktiviti dalam bus telah mengeratkan hubungan kami 5 sekawan. Pelbagai rahsia dan perasaan di kongsi bersama. Namun rahsia di atas bus hanya milik kami berlima. Em sebenarnya berenam..kerana kami telah memperoleh seorang kwn baru bernama TITO -kun.

Apa-pun tepat jam 5 kami tiba di UMP. Lega rasanya sampai di UMP...kerana dapat baring semula di atas tilam yang empuk. AMIN

Moralnya: Lain kali tanya dulu driver bus tu bila nak tumpang, bertolak n balik jam berapa? Ni main belasah pakai tumpang jer.. Kan dah jelajah satu PAHANG nie. Mau x panas Punggong....

Itulah pengalaman kami 5 serangkai yang tidak dapat dilupakan..May our friendship remains..

Tempat yang perlu kita serahkan cenderahati

Untuk ingatan semua. Ini adalah senarai pihak yang perlu kita serahkan cenderahati kita sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari Koreiv07 pada pihak yang sudi menerima kita di Korea.

1. Kedutaaan-perlu serahkan kepada 2 pihak
2. Hanyang-melibatkan persatuan mahasiswa malaysia di korea, persatuan pelajar Korea, International officers, Faculty of engineering and 2 pada representative hanyang university.
3. Masjid pada imam dan community islam di situ
4. Housing Gallery(visit)-pada 3 tempat yang kita akan lawati..

Jumlah kesemuanya ada 16 pihak yang perlu kita berikan. Semoga perjalanan kita mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Amin

Senarai barang yang Koreiv07 peroleh:

Ini adalah antara barang-barang tourism dan cenderahati yang diperolehi oleh pihak Koreiv07 daripada Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2007. Terima Kasih kami ucapkan. Kami akan berusaha untuk mempromosikan Malaysia di mata Korea.

1. Pin VM07 - 200 keping
2. Flyers - 200 keping
3. Notepad VM07 - 100 keping
4. KL Guide - 120 keping
5. T-shirt merah -18 helai
6. T-shirt biru - 19 helai
7. Pen VM07 - 200 keping
8. Beg kertas VM07 - 70 keping
9. Rantai VM07-200 keping
10.Calculator - 18 keping
11.VM07 badge sticker - 100 keping

Tidak dilupakan juga 20 helai baju korporat daripada MY10. Terima kasih semua. Semoga perjalanan kami mendapat keberkatan daripada semua yang menaja.

Thursday, April 12, 2007

4 minggu sahaja lagi..Warghhh!!!!

Nampaknya ada 4 minggu sahaja lagi untuk team koreiv bertungkus lumus untuk pergi ke Korea.

Betul ke ? cam x percaya sahaja.

Namun, insyaallah semuanya akan berjaya..kerana sudah kelihatan sinar dihadapan mata.

Duit tajaan tetap masuk kedalam tabung kami walaupun mengambil sedikit masa.

Apa-pun semuanya berusaha untuk mencari duit lagi dan selamat menduduki peperiksaan.

HAPPY FINAL EXAM DAYS

Thursday, March 22, 2007

6 minggu saja lagi...BERTAHAN Team Koreiv07

Apa?

Tinggal 6 minggu sahaja lagi, ini bermakna tinggal 1 bulan 14 hari sahaja untuk team koreiv07 menapakkan kaki mereka di bumi korea..(the path is our destiny)

Disebabkan kesibukan yang melampau editor akibat dari desakan test/kuiz/assignment/project/presentation/PSM dan seminar softskills memaksa update berkenaan program Koreiv telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sehubungan itu, berikut diperincikan dengan jelas tentang perkembangan program sepanjang 12 hari yang lalu....

AMARAN DAN PERINGATAN:

Telah berlaku aktiviti penggunaan bilik gerakan Koreiv secara illegal tanpa keizinan pengarah program pada waktu kejadian yang tidak dikenalpasti oleh bukan team Koreiv..

Sehubungan itu, satu notis peringatan telah ditampal tindakan Dewi dan kerjasama setiap ahli koeriv diperlukan untuk menjaga bilik gerakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi

BERKENAAN TAJAAN:

Setiap peserta sedang bertungkus lumus mendapatkan tajaan masing-masing dan ALHAMDULILLAH perjalanan penajaan berjalan juga serba sedikit. Namun ini tidak meruntuhkan semangat team koreiv wal hal meningkatkan jati diri.

Antara senarai yang masih dalam progress team Koreiv adalah seperti berikut:
  1. Puzat zakat selangor dan kelantan
  2. Industrial zone pasir gudang
  3. List industri daripada MIDA
  4. Kawasan industri nilai
  5. Industrial park di petaling jaya
  6. Kerajaan negeri kedah
  7. Yayasan Al-Bukhari
  8. Dato Sabjan
  9. Islamiz art muzium Malaysia
  10. Yayasan sultan albahiah
  11. Yayasan islam negeri kedah
  12. Yayasan Pahang
  13. Superlink telah bagi tajaan jahitan baju lelaki
  14. MY 10 telah beri baju korporat MY10
  15. SB Machinery
  16. Prudential Insurance
  17. Silverstone
  18. Charie
  19. Watershock
  20. Friendly field
  21. Yayasan Terengganu
  22. Optima
  23. Bank Muamalat

Hanya senarai di atas dimana surat telah dihantar dan memerlukan followup untuk memperoleh jawapan.

JUALAN

Jualan cendol pada hari Jumaat yang lalu telah di adakan untuk 'test market' dan resultnya marginally acceptable. Susulan itu, team koreiv akan membukan gerai menjual burger dan air pada satu jualan di MIMBAR. Memori Indah Bersama Rasulullah. Satu program yang menampilakan Inteam dan Raihan bergabung untuk menghiburkan dan memeriahkan majlis.

TENTATIF PROGRAM

Terdapat perubahan tentatif secara keseluruhan dan di uruskan oleh hazaruddin. Walaupun berubah kebanyakan cuma berubah dari segi tempat dan masa sahaja. Program yang dirancang masih boleh diteruskan. Walaupun ada perubahan tentatif ia sebenarnya tidak menjejaskan langsung program ini. Semoga semua team koreiv jelas mengenai perkara ini.

MINNA SAYONARA

Cetusan peringatan..Koreiv07

Nampaknya hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi untuk semua peserta Koreiv untuk menunaikan hasrat dan impian mereka untuk menetapkan kaki di bumi Korea.

Di meja editor, impian ini bakal di garap tidak lama lagi.....persoalannya...

Adakah benar ianya akan berlaku?
Benar-benar cukupkah duit yang telah terkumpul?
Ada kemungkinankah ada peserta yang tidak dapat pergi disebabkan hal-hal tertentu?
Mungkinkah program ini akan berjalan seperti yang dirancang?
Adakah kesepakatan yang terjalin akan kekal bahagia sehingga penghujung program?
Adakah akan timbul perselisihan faham sesama ahli?
Bagaimana hendak mengatasi pendapat-pendapat luar yang tidak memberi keuntungan kepada Koreiv?

Pelbagai perkara boleh terjadi, tidak siapa akan menduga. Walaubagaimanapun di harap agar semua team Koreiv tetap teguh dan utuh sehingga ke akhir program ini.

Tidak khuatir apa yang akan berlaku tetapi pikir dan renungkanlah bagaimana cara, kesan program Korea ini terhadap pembaharuan serta pengalaman kita sendiri.

Jadikan Koreiv ini sebagai satu platform yang dapat memperbaiki diri sendiri.

Mungkin sebelum ini kita seorang yang tidak tahu memberikan komitmen.
Sekarang tidak lagi
Mungkin sebelum ini tidak mengerti cara berkomunikasi dengan pihak luar / penaja.
Sekarang sudah berani
Mungkin sebelum ini kita tidak mengenali satu sama lain semasa berada di universiti .
Sekarang sudah terjalin hubungan erat sekali
Mungkin kita tidak memahami apa sebenar erti perjuangan..sekurang-kurangnya
Sekarang kita sedang berjuang untuk Koreiv

Sekadar renungan buat semua peserta Koreiv, jangan mencipta alasan tetapi carilah jalan untuk mengatasinya. Selain itu, sila jaga akademik anda masing-masing kerana akademik juga mencerminkan sebahagian daripada diri anda.

Semoga segala cetusan yang diberi mampu memberikan sedikit sentakan kepada semua team Koreiv. GAMBATE KUDAISAII

Sunday, March 11, 2007

Sepanjang minggu yang lalu .......update

Ingatkan semula kepada semua team Koreiv untuk terus bersemangat dan mengenang kembali motif dan tujuan utama aktiviti ini dijalankan.

Aktviti usahawan telah berjalan dengan jayanya dengan menjual Tempura King..finger's lickin good kemudian..

Tajaan baju korporat pula telah diperolehi dari MY 10..Thank you My 10..

Terima kasih juga kepada pihak - pihak yang telah menaja sedang menaja dan akan menaja lagi program ini..

GAMSA HAMNIDA..

Lain dan tidak bukan diingatkan kepada semua peserta untuk mendapatkan RM 5OO lagi pada bulan ini...

Latihan kebudayaan pula akan menjelang tiba, maka bersedialah semua..

Apa pun tinggal 7 minggu sahaja lagi untuk KOREA EDUCATIONAL VISIT PROGRAM 2007

Can't wait the moment..

May God Bless Us...

GAMBATTE KUDAISAI

Wednesday, February 28, 2007

T-shirt, Usahawan , tajaan dan lain lagi

Perkembangan terbaru Koreiv ialah dah dapat 2 T-shirt tajaan warna merah dan warna putih satu. Keduanya ada cetakan logo koreiv dan nama Universiti Malaysia Pahang

Dapat sahaja peserta baju tersebut terus memakainya pada keesokan harinya. Nampak cute dan segak apabaila di pakai oleh kenny chan and adan kun. (jgn ko baca ayat ini).

Apa-pun pada hujung minggu ini pasar Usahawan akan di adakan dan saudara Pian sedang berusaha untuk menjalankan usahaniaganya. Dan...

AKTIVITI PERCUBAAN MASAK ..(secret recipe)

Tempat: Kabin koreiv07
Masa: 5 ptg
Person Incharge: Pian the cook and the gang's

Maka semua dikehendaki seboleh-bolehnya hadir untuk merasai pengalaman tidak terhingga sehingga menjilat jari.

Kemudian,

Aktiviti tajaan telah mendengar beberapa kabar baik dan kurang baik. Walaubagaimanapun minna gambate kudaiisai..Percayalah kita akan ke KOREA..

Wednesday, February 14, 2007

Progress cuti mid term break di UMP

Sepanjang berada di UMP, banyak perkembangan dan tugasan dapat dilakukan antaranya:

1. Menghubungi dan followup segala surat yang telah di pos dan di faks
2. Kertas kerja penyelidikan telah siap dan pertemuan bersama En Rahman Shafie dari RMC UMP telah dijalankan
3. Beberapa keping surat telah di siapkan dan memperoleh tandatangan
4. Urusan aktiviti oleh unit aktiviti dan hazaruddin berada dalam progress yang baik dimana semua pihak Korea telah di hubungi
5. Satu pertemuan bersama rektor akan diadakan pada hari Jumaat ini jam 3 petang

Walaubagaimanapun terdapat kekangan yang wujud sepanjang berada di UMP dan menyebabkan kesulitan kepada peserta Koreiv.

Tetapi di harap semuanya bersabar dan tidak cepat melatah dan sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugasan untuk Koreiv'07.

Semoga berjaya dan Allah sentiasa memberkati kita. AMIN

Saturday, February 10, 2007

Aktiviti Mid term break

Peringatan:

Kepada Team Koreiv'07 berkumpul di KMC jam 9.00 pagi 12 FEB 2007 dan siapa ada extension sila bawa bersama.

Agenda berkampung di KMC hanya menguruskan aktiviti tajaan dan 3 unit yang lain itu.

Please be punctual!!

Hal-hal lain yang perlu diselesaikan?

Terdapat pelbagai perkara luar duga yang perlu diselesaikan oleh peserta antaranya:

  1. Surat penghargaan kepada penaja (tindakan junaidi)
  2. Bussiness kad (tindakan Shafiq)
  3. Survey harga kad bussiness dan tempahan (tindakan azam)
  4. Pada 14hb ini Hazaruddin ingin pergi ke Kedutaan dan PWTC
  5. Setiap peserta dapatkan senarai adun dan parlimen kawasan masing-masing
  6. Laporan hantar setiap 15hb kepada saudara Azam
  7. Tugas mendapatkan vendor bagi fakulti masing –masing tugasan untuk Kimia diuruskan oleh Bashori, mekanikal kenny dan komputer shafiq.
  8. Bagi peserta seperti Ramadan, Hafiza, Hanis, Khomathan , Shafiq dan Kenny akan memperoleh tugas dari Ikhwan untuk menguruskan tajaan kecil semasa cuti ini.
  9. Sediakan gambar 2 keping dan surat pengesahan pelajar untuk mendaftar international student card dan bayaran sebanyak RM 20
  10. Berkampung di KMC pada cuti mid term ini dan uruskan tajaan semata-mata.
  11. Ada 3 unit lain akan operasi secara berasingan iaitu:
  • Projek Khas dan Usahawan (sekolah dan cendol)
    Aktivit Kebudayaan (tarian)
    Penyelidikan

Peserta lain dikehendaki fokus terhadap urusan tajaan sahaja.

Update tugasan unit-unit..

Sepanjang 3 minggu yang lalu banyak progress telah dijalankan oleh setiap jawatankuasa program. Berikut adalah antar progress yang di maklumkan dalam mesyuarat.

Unit Tajaan

29 JAN 2007
-Saudara Junaidi menerangkan sekali lagi apa yang diperlukan untuk memohon penajaan kepada mesyuarat
-Saudara Kenny menerangkan tentang chart tajaan yang disediakan sebagai makluman kepada peserta mengenai pihak penaja yang dipohon dan peserta yang bertanggungjawab.
-List tersebut termasuklah senarai syarikat yang telah dihantar surat tajaan

22 JAN 2007

-Telah ‘followup’ bersama PMB N9, PERMANIS dan Yayasan N9
-Telah hantar surat agak lewat selepas jam 9 maka tidak dapat menghantar surat pada 22 Jan 2007
-No rujukan akan diberikan kepada setiap peserta
-Satu carta A3 akan dikeluarkan dan diletak di bilik operasi untuk semak kod keluar surat dan pihak yang di ‘follow up’
-Salinan surat mesti beri pada Kak Ana, Bendahari Kuktem & Fail program
-Junaidi akan menyemak sama ada gunakan nama bendahari
-Makluman bahawa surat tajaan hanya dekan & timbalan dekan sahaja berhak menandatangani
-Ada pembetulan dalam dalam surat maklum balas tajaan dari Jawatankuasa – Sekretariat
-Kesan penajaan untuk anak negeri akan diubah tindakan Junaidi
-Semua peserta mendapatkan template surat dari Ikhwan
-Appointment untuk company piling adalah pada hari Sabtu tindakan Dewi

Unit Penyelidikan dan Makanan

5 FEB 2007

-Masih belum membuat perkembangan terbaru
-Kertas kerja penyelidikan versi Inggeris dan melayu telah disiapkan
-Saudara hazaruddin menegur mengenai peratusan pelajar yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan samada ianya bersesuaian atau tidak untuk mengelakkan research yang dijalankan tidak sah
-Pertemuan penyelidikan pada hari Jumaat jam 9 malam di bilik operasi Korea

Unit Kebudayaan dan Cenderahati

5 FEB 2007

-Menguruskan Kementerian Belia dan Sukan dan menunggu surat siap disemak dari Hazaruddin dan Dewi
-Memerlukan borang yang lengkap untuk dihantar kepada Kementerian Kebudayaan
-Pertemuan dengan En. Norkhairi tidak jadi kerana beliau tidak ada
-Tetapi pertemuan bersama dengan pengarah budaya dijalankan dan perbincangan mengenai program telah diadakan
-Tenaga pengajar yang dilantik untuk membantu Koreiv ialah En. Jasni
-Antara cadangan yang dikemukakan Taman Budaya ialah tarian pembukaan, fesyen show dan dikirbarat.
-Cadangan yang diterima oleh mesyuarat ialah:
-Tarian pembukaan
-Tarian campur 3 kaum
-Nyanyian lagu-lagu rakyat
-Latihan dipersetujui untuk dimulakan pada awal bulan Mac pada setiap hari rabu dan jumaat, lokasi akan ditentukan saudara Khomathan kelak

1 FEB 2007

- Lengkapkan borang Skim Budaya dan serahkan pada Khomathan esok
- Membincangkan tentang latihan dan tarian yang bersesuaian untuk berbincang dengan taman budaya

29 JAN 2007

- Saudara Khomathan akan pergi Taman Budaya pada hari rabu jam 11 pagi

Unit Projek Khas

29 JAN 2007

Topup

-Saudari Hafiza memaklumkan bahawa topup dari Puchong memang tidak boleh diperolehi tapi beliau akan terus mencuba
-Topup boleh diambil dari maxis centre tapi dengan harga RM 9.60 sekeping adalah sangat mahal
-Disebabkan itu, mesyuarat memohon cadangan lain untuk satu usahaniaga menggantikan topup: Antara cadangan ialah seperti berikut:
o Sediakan satu kertas kerja untuk membuka Kiosk kepada HEPA
o Menjual MAGGI
o Berusaha lagi atas urusniaga Topup akan diuruskan oleh saudari hafiza

Pasar Usahawan

-Tarikh program : 3 & 4 Februari 2007
-Masalah 1 yang dimaklumkan hanyalah jika hujan kerana khemah yang disediakan adalah jenis yang berlubang
-Saudara Hazaruddin akan mendapatkan sagu untuk cendol
-Masalah 2 yang dimaklumkan ialah alat ABC masih belum diambil oleh Junaidi
-Semasa program saudari Hanis tidak dapat hadir kerana menyertai MASUM
-Selewatnya pada hari Khamis ini, mesin ABC telah diperolehi

Friday, February 09, 2007

Kata-kata Hikmah

Bermula 3 minggu yang pengarah program mula memulakan semula pengucapan kata-kata hikmah oleh setiap peserta. Pemberian kata-kata hikmah ini telah di mulakan oleh MPP sesi 2005/2006.
Ikutan perkara baik ini memberi manfaat yang baik kepada semua. Semoga segala kata-kata hikmah memberi terkesan di hati dan menjadi pengajaran kepada semua.

7 Feb 2007 Kali ini pengucapan diberikan kepada saudara Hazaruddin dan beliau menekankan bahawa biarlah segala perkara jahat dilakukan orang di atas kita tapi hendaklah kita balas dengan kebaikkan atau sekadar senyuman

5 Feb 2007
Kata-kata hikmah oleh saudara Bashori berkenaan dengan syaitan dan cuba dikaitkan dengan kehidupan manusia yang tidak sempurna sejurus menyedarkan para peserta bahawa masih banyak yang belum diselesaikan untuk meningkatkan lagi taraf program Koreiv’07 ini.

29Jan 2007
Pengarah menerangkan terdapat pelbagai perkara baik dan buruk berlaku sejak kebelakangan ini. Antara perkara buruk ialah, salah seorang peserta Koreiv iaitu telah kehilangan bapanya dalam satu kemalangan . Kemudian seorang lagi telah mengalami keretakan tulang muka akibat bertembung dengan rakan permainan di dalam satu perlawanan sukan yang lalu. Perkara baik pula ialah berkenaan terdapat 2 pihak penaja yang berkemampuan untuk menjadi penaja gangsa bagi program Koreiv

25 Jan 2007
Berkenaan dengan Thomas Edison yang menggunakan beribu cara untuk mencipta lampu dan dikaitkan dengan kita sebagai peserta apa dan berapa sahajakah cara yang kita gunakan untuk membantu program Koreiv ini. Semoga semua mendapat mesej yang disampaikan oleh Bashori

Update lagi..lagi 5 Februari 2007

This is the last update from last meeting before mid term break..

All about sponsorships...

Haidar
MB Pahang – hantar surat temujanji
Yayasan Selangor – followup
EON-follow-up
Dato’ Zainal Abidin – follow-up
Dah peroleh list ADUN Nselangor (mula cuti mid term UMP)

Hafiza
Bank Muamalat
PNT & Helcom
Semua boleh keluar surat minggu ini

Azam
Titan
UMNO segamat dan Takaful tidak dapat dihubungi

Hanis
Pharmaniaga
Gamuda
8 lagi senarai syarikat baru yang baru hendak dihubungi

Khomathan
Great Eastern dan hantar surat

Shawn
Digi dan Bently construction minggu ni hantar surat

Shafiq
Masih belum berpeluang jumpa En. Imad
Akan usaha untuk menguruskan vendor komputer

Kenny
Baru memperoleh 30 list lagi dan masih dalam peringkat menghubungi pihak syarikat

Unit Tajaan - Ikhwan
MUIP
TNB
F.BOND
MAXUSMBNSColgate
PM
MPM
Sudah memperoleh list adun dan parlimen N9

Dewi
YPT dan Kafe minggu ini
Masih belum sempat followup tajaan yang sebelum ini

Update tajaan..lagi..

Unit Tajaan - Ikhwan
MAXUS – dah forward pada HR
Hubungi lagi minggu hadapan
TNB – respon negative
PNB- sibuk dengan mangsa banjir
MUIP-update esok
Frontier Bond – update esok
Yayasan N9 – cuti hari ini
MBNS – cuti hari ini
RHB – hantar surat pada cawangan
Guthrie – cek status semula di internet

Unit Tajaan Kenny
Adidas – suruh submit proposal
CIMB Bank
Telekom
Yayasan Sabah

Hazaruddin
MISC
TPM – keduanya hantar esok 2 Feb 07
Naza Kia – belum dihubungi
Kedutaan Korea di Malaysia

Shawn
Silverstone
Genting
DIGI
Semua surat dah keluar

Shahfiran
British American Tobacco
NEC – pos dan faks

Khomathan

Kementerian Belia dan Sukan
KEKWA – esok hantar surat
Taman Budaya – esok hantar surat
Jackel – faks surat sahaja
Great Eastern dan hantar kertas kerja

Hafiza
Lain-lain kena hubungi semula
Bank Muamalat

Azam
TITAN – serahkan by hand
Yayasan Johor
Takaful Nasional

Junaidi
Syarikat Perunding Jadi
En Rahmat bin Nordin

Apa yang telah di lakukan untuk tajaan?

Update / followup / faks / send surat dan call pihak penaja..

Kenny
Telah menghubungi semua foundation dan memaklumkan bahawa tidak dapat menyediakan peruntukan kewangan untuk program pelajar
MCA tidak menyediakan peruntukan
Yayasan Sabah meminta supaya surat tajaan dihantar kepada setiausaha director
Telekom telah dihubungi

Shafiq
Akan keluarkan surat kepada EPSB Outdorr

Shawn
Digi – surat akan dihantar pada minggu hadapan
Surat untuk minggu ini dikeluarkan kepada Silverstone dan Genting

Khomathan Great Eastern
KEKWA
Kementerian Belia dan Sukan
Surat juga akan diberikan kepada En. Ezani yang setuju untuk memberi tajaan kain baju batik kepada peserta Koreiv

Hanis
Surat keluar kepada Pharmaniaga sahaja

Dewi
Klinik Nasha akan melalui kertas kerja Koreiv pada hari Isni maka sebarang maklum balas belum diketahui
Syarikat ANSAH ada persaingan program lain
Frankie Construction & Syarikat Marimass akan di Bantu oleh saudara Bahsori dan Junaidi
Memaklumkan ada kenalan dari SAMSUNG di Seremban dan mungkin boleh membantu pihak koreiv
Akan menghantar surat kepada Yayasan Pelajaran Johor YPJ termasuk kesemua 4 anak Johor dalam Koreiv

Hafiza
AVON dan PNP tidak dapat berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab
KOBE di kehendaki hubungi kemudian
Syarikat milik En. Ghani akan di pohon tajaan oleh saudari Hafiza

Azam
TITAN masih belum ada perkembangan
Akan cuba memohon daripada Takaful Nasional

Haidar
Dato’ Tan Sri Razali (surat keluar)
Setiausaha Umno Bahagian Pekan Dato’ Zainal Abidin bin Hj Pa’ Wan (surat keluar)
Akan hubungi Dato’ Sabjan, Menteri Besar Pahang dan Hairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda Umno)

Progress 22 jan..tajaan

Memohon maaf kepada semua kerana masalah capaian internet dan kesibukan terhadap komitment masing-masing menyebabkan lewat untuk update blog..

Walaubagaimanapun, di paparkan senarai progress yang di lakukan oleh setiap peserta KOREIV'07 untuk aktiviti tajaan..

Perkembangan Tajaan secara individu:

Ramadan
MDEC
YTL
Yeos
Amalgated
BSF
FPG
Gardina Bakeri
Byte Craft

Hanis
Pharmaniaga
Kulim Teknologi Park

Azam
TITAN
Yayasan Sultan Iskandar

Pian
Yayasan Perak
SIEMENS Malaysia
PECD Berhad
Pelancongan Negeri Perak

Khomathan
Great Eastern
Rakan Muda

Dewi
ANSAH
Kafe Kuktem
Cleanliner
Watershock

Shafiq
Tengku Mahkota Pahang
EPAB Outdoor _Auntie Company

Shawn
Genting Group
Magnum
Silverstone

Teoh
Telekom

Hazaruddin
MISC
Tourism Pahang

Junaidi
KUSATEX-Tajaan Tshirt
Kerajaan Terengganu
Inai Kiara
CIMG

Haidar
Yayasan Selangor
MB Selangor
Proton Edar
Ir Zaidee Laidin
GWGF
Dato’ Sabjan
MB Pahang

Bashori

NAZA

Saturday, January 27, 2007

Photoshoot..Koreiv kali ke 2









Bashori Pengarah projek





Hazaruddin Timb pengarah 1







Dewi Timb peng 2






Haidar Akma Setiausaha







Junaidi Bendahari







Norhafiza PR







Hanis Pengangkutan








Ikhawan Tajaan







Khomathan Kebudayaan & cenderahati








Ramadan Research








Shawn Tugas-tugas khas







Azam Dokumentasi







Shahfiran Program Khas







Syafiq Multimedia