Saturday, February 10, 2007

Update tugasan unit-unit..

Sepanjang 3 minggu yang lalu banyak progress telah dijalankan oleh setiap jawatankuasa program. Berikut adalah antar progress yang di maklumkan dalam mesyuarat.

Unit Tajaan

29 JAN 2007
-Saudara Junaidi menerangkan sekali lagi apa yang diperlukan untuk memohon penajaan kepada mesyuarat
-Saudara Kenny menerangkan tentang chart tajaan yang disediakan sebagai makluman kepada peserta mengenai pihak penaja yang dipohon dan peserta yang bertanggungjawab.
-List tersebut termasuklah senarai syarikat yang telah dihantar surat tajaan

22 JAN 2007

-Telah ‘followup’ bersama PMB N9, PERMANIS dan Yayasan N9
-Telah hantar surat agak lewat selepas jam 9 maka tidak dapat menghantar surat pada 22 Jan 2007
-No rujukan akan diberikan kepada setiap peserta
-Satu carta A3 akan dikeluarkan dan diletak di bilik operasi untuk semak kod keluar surat dan pihak yang di ‘follow up’
-Salinan surat mesti beri pada Kak Ana, Bendahari Kuktem & Fail program
-Junaidi akan menyemak sama ada gunakan nama bendahari
-Makluman bahawa surat tajaan hanya dekan & timbalan dekan sahaja berhak menandatangani
-Ada pembetulan dalam dalam surat maklum balas tajaan dari Jawatankuasa – Sekretariat
-Kesan penajaan untuk anak negeri akan diubah tindakan Junaidi
-Semua peserta mendapatkan template surat dari Ikhwan
-Appointment untuk company piling adalah pada hari Sabtu tindakan Dewi

Unit Penyelidikan dan Makanan

5 FEB 2007

-Masih belum membuat perkembangan terbaru
-Kertas kerja penyelidikan versi Inggeris dan melayu telah disiapkan
-Saudara hazaruddin menegur mengenai peratusan pelajar yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan samada ianya bersesuaian atau tidak untuk mengelakkan research yang dijalankan tidak sah
-Pertemuan penyelidikan pada hari Jumaat jam 9 malam di bilik operasi Korea

Unit Kebudayaan dan Cenderahati

5 FEB 2007

-Menguruskan Kementerian Belia dan Sukan dan menunggu surat siap disemak dari Hazaruddin dan Dewi
-Memerlukan borang yang lengkap untuk dihantar kepada Kementerian Kebudayaan
-Pertemuan dengan En. Norkhairi tidak jadi kerana beliau tidak ada
-Tetapi pertemuan bersama dengan pengarah budaya dijalankan dan perbincangan mengenai program telah diadakan
-Tenaga pengajar yang dilantik untuk membantu Koreiv ialah En. Jasni
-Antara cadangan yang dikemukakan Taman Budaya ialah tarian pembukaan, fesyen show dan dikirbarat.
-Cadangan yang diterima oleh mesyuarat ialah:
-Tarian pembukaan
-Tarian campur 3 kaum
-Nyanyian lagu-lagu rakyat
-Latihan dipersetujui untuk dimulakan pada awal bulan Mac pada setiap hari rabu dan jumaat, lokasi akan ditentukan saudara Khomathan kelak

1 FEB 2007

- Lengkapkan borang Skim Budaya dan serahkan pada Khomathan esok
- Membincangkan tentang latihan dan tarian yang bersesuaian untuk berbincang dengan taman budaya

29 JAN 2007

- Saudara Khomathan akan pergi Taman Budaya pada hari rabu jam 11 pagi

Unit Projek Khas

29 JAN 2007

Topup

-Saudari Hafiza memaklumkan bahawa topup dari Puchong memang tidak boleh diperolehi tapi beliau akan terus mencuba
-Topup boleh diambil dari maxis centre tapi dengan harga RM 9.60 sekeping adalah sangat mahal
-Disebabkan itu, mesyuarat memohon cadangan lain untuk satu usahaniaga menggantikan topup: Antara cadangan ialah seperti berikut:
o Sediakan satu kertas kerja untuk membuka Kiosk kepada HEPA
o Menjual MAGGI
o Berusaha lagi atas urusniaga Topup akan diuruskan oleh saudari hafiza

Pasar Usahawan

-Tarikh program : 3 & 4 Februari 2007
-Masalah 1 yang dimaklumkan hanyalah jika hujan kerana khemah yang disediakan adalah jenis yang berlubang
-Saudara Hazaruddin akan mendapatkan sagu untuk cendol
-Masalah 2 yang dimaklumkan ialah alat ABC masih belum diambil oleh Junaidi
-Semasa program saudari Hanis tidak dapat hadir kerana menyertai MASUM
-Selewatnya pada hari Khamis ini, mesin ABC telah diperolehi

No comments: