Friday, February 09, 2007

Kata-kata Hikmah

Bermula 3 minggu yang pengarah program mula memulakan semula pengucapan kata-kata hikmah oleh setiap peserta. Pemberian kata-kata hikmah ini telah di mulakan oleh MPP sesi 2005/2006.
Ikutan perkara baik ini memberi manfaat yang baik kepada semua. Semoga segala kata-kata hikmah memberi terkesan di hati dan menjadi pengajaran kepada semua.

7 Feb 2007 Kali ini pengucapan diberikan kepada saudara Hazaruddin dan beliau menekankan bahawa biarlah segala perkara jahat dilakukan orang di atas kita tapi hendaklah kita balas dengan kebaikkan atau sekadar senyuman

5 Feb 2007
Kata-kata hikmah oleh saudara Bashori berkenaan dengan syaitan dan cuba dikaitkan dengan kehidupan manusia yang tidak sempurna sejurus menyedarkan para peserta bahawa masih banyak yang belum diselesaikan untuk meningkatkan lagi taraf program Koreiv’07 ini.

29Jan 2007
Pengarah menerangkan terdapat pelbagai perkara baik dan buruk berlaku sejak kebelakangan ini. Antara perkara buruk ialah, salah seorang peserta Koreiv iaitu telah kehilangan bapanya dalam satu kemalangan . Kemudian seorang lagi telah mengalami keretakan tulang muka akibat bertembung dengan rakan permainan di dalam satu perlawanan sukan yang lalu. Perkara baik pula ialah berkenaan terdapat 2 pihak penaja yang berkemampuan untuk menjadi penaja gangsa bagi program Koreiv

25 Jan 2007
Berkenaan dengan Thomas Edison yang menggunakan beribu cara untuk mencipta lampu dan dikaitkan dengan kita sebagai peserta apa dan berapa sahajakah cara yang kita gunakan untuk membantu program Koreiv ini. Semoga semua mendapat mesej yang disampaikan oleh Bashori

No comments: