Sunday, December 20, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah to all koreivian..
hopefully dis yr lebey berjaya dan bahagia semua..

wsalam

Saturday, October 31, 2009

After hari raya aidilfitri

Selepas hari raya semua geng tampak sibuk dalam tugasan masing-masing di opis akibat kerja yang dikepamkan di bulan ramadan dibawa ke selepas syawal. Berita terbaru geng koriev adalah bdk hingusan azam, pja, anis dan khomathan telah berjaya menamatkan sesi pelajaran mereka dan bergraduasi pada 3 oktober yang lalu. Tahniah buat korang semoga korang dapat mengejar cita-cita dan impian masing-masing.

Pian dan Bash pula sudah bertukar status dari single menjadi im not single partial official, selesai majlis pertunangan sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu, Semoga dua insan ini berubah perangai dan menjadi sang suami yang soleh dan diharap tidak melupakan persahabatan antara kita yang seperti sukar untuk dicari lagi.

Aku dan BD juga tersangatlah sibuk untuk menghadapi final exam master masing-masing. Walau sibuk tapi hari ini aku terasa rindu akan koreivians lalu memaksa diri untuk membuat coretan di blog ini. Semoga kita semua dapat membacanya.

Cukuplah buat waktu ini, sebelum itu, adik bash iaitu mr syafiq sudah melaporkan status beliau di facebook kepada saya tentang penjejakkan syafiq di taiwan , pengalaman bersama koreiv memang amat menguntungkan beliau kerana berjaya menjadi insan cemerlang dan terbilang seperti yang dikehendaki dalam motto hidup beliau, pewitt.. ayat ku yang tak bleh blah..

ok salam sayang buat semua.

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Salam,

Untuk semua geng geng KOREIV, sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, marilah kita saling bermaaf maafan. Seperti yang kita sedia maklum, berlambak lah aktiviti kutuk mengutuk antara kita. Dan sekiranya ada yang terguris hati, maka inilah masa yang paling sesuai untuk kita mintak maaf.

Semoga ukhwah antara kita akan sentiasa erat tanpa ada perasaan kecil hati atau sebagainya. Sama samalah kita doakan kebahagiaan masing masing. Hehe.

Dan kepada kawan kawan lain yang mengikuti perkembangan kami atau tahu tentang kewujudan kami, sekiranya kami ada salah dan silap dan sekiranya anda tidak senang dengan kami, maka di sini kami juga mohon jutaan ampun dan maaf.

Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin.


Open House Koreiv tahun ni sape nak arrange yer????

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan.


Assalamualaikum wbt...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun tahun lepas. Semoga kita semua berada dalam rahmat ALLAH SWT. InsyaALLAH.

Kita kena sama sama cari masa yang sesuai untuk bukak puasa sama sama ni. Kalau tak semua pun, yang duk area KL pun tak pe. Ok.

Haidar dilantik ketua projek. hehehe.

Untuk kita semua, terimalah lagu ini. Hehehe.

Monday, August 03, 2009

coret2 aku plak (lama x wat)

menjawab kepada post bd tersebelum hehe..

selain bd, aku pun rajin update blog sendiri, kerana menulis ini kekadang menjadi satu cara lain untuk kita hilangkan stress terhadap kerja atau perkara lain yang berkaitan dalam hidup, kalo asyik nak pergi travel je tak cukupla kerana pokaila kalo selalu cam gitu..(sebab ktoang koje dlm opis je) kalo cam jang ke pian ke..memang x lehla sebab dok atas pelantar jerk..hehe honeymoon mereka atas itu sahajalah. lagi best tue..haha

nampak ada respon dr shawn bila baca shout tadi. good tower engineer skrg. pas ni boleh tanya pada shawn pasal tower engineer.

pendek cerita, kami berlima (bd, bash, adan, pja & aku) br sahaja melepak di KL selama 2 hari. Seperti kelaziman, aktiviti melalak mesti menjadi agenda utama kerana inila favourite program geng ini selepas aktiviti makan & travel. Adan semakin improve dalam bidang nyanyian berkat latihan dan sokongan kita semua. Mungkin kalo ada aktiviti lagu asli di kolej segamat antara staff, adan akan masuk haha..Eh irama malaysiala, lagu asli azam yang nyanyi haha..(lwk je).

sempat kami menengok citer setem yg sangat best and lawak itu. disarankan semua tengok citer tu ok. Conclusionya, nak cita kita dapat dari cerita itu adalah 1P, iaitu persahabatan. (banyak lagi yg lain tapi aku kasi satu sahaja). Persahabatan mengaitkan kita semua, kita suka berada bersama kerana kita boleh membuat perkara yang menggembirakan serta ntah apa-apa dan gelak macam orang gila. Mungkin kita rasa boleh nak bercerita sesame kita tanpa perlu merasa ragu atau direndah-rendahkan. Kita suka benda yang sama, makan nyanyi & jalan. The best part adalah, kita rasa ingin memberi komitmen terhadap persahabatan ini. Adakah kita merasa perkara yang sama atau lebih baik dari apa yang telah dikatakan? Harap kalo kurang bukanlah yea.. lagi satu adakah kita adik beradik haha? udin and anis anak angkat gegeh.

Kepada yang jauh, mahu yang dekat..semoga semua berjaya dalam apa yang dilakukan. Selalulah sms kita..muah muah..

from
koreiv kipas susah mati

Tuesday, July 28, 2009

Ke Mana Koreivians Menghilang..

Lame tak blog ni tak di update. Maklumla, semua Koreivians tgh sibuk dengan kerja masing-masing.

Bash: Sibuk bekerja. Sebagai safety engineer, makin banyak projek yang kena handle. Dengar cerite bos kite ni akan melamar orang nanti. Betul atau tak, just wait n see.

Uddin: Sekarang ni tgh belayar mengeliling dunia. Belajar untuk menjadi seorang Marine Engineer dengan MISC. Baru ni Uddin msg kata die kat Jeddah. Sempat juga dia mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Pesan dia untuk semua, doakan kebahagiaan dia semasa dia belayar. Semoga Uddin gembira selalu.

Dewi: Dewi agak menyepikan diri. Mungkin banyak keje kot. Dewi skang ni engineer kat MMC Oil & Gas.

Haidar: Haidar ni selalu contact member2 walaupun sibuk Maklumla skang ni tgh kejer as a Engineer kat HLA, dalam masa yang sama sambung master kat UTM KL secara part time. Memang respect la kat Haidar. Boleh buat dua keje dalam satu masa, excellent plak tu result Master dia. Caiyuk Haidar...Caiyuk.

Bidiey: Inilah orang yang selalu update blog ni. Hehehe. Tak busy sangat. Skarang ni tengah buat full time Master of Engineering (Chemical) kat UKM . UKM ok..bukan UK. UK tu tinggal kenangan jer. Hehehe. Tapi tak per lah, at least ade orang yang tak busy, boleh la update blog nie.

Pian: Mungkin Pian tgh pening memikirkan soal perkahwinan dia next year. Yer lah, kahwin ni, bukan main main. Besar tanggungjawab nye. Kena siap sedia, cukup zahir dan batin. Tapi tak per, sebagai seorang Engineer kat Sime Darby, rasenya dari segi nafkah zahir, cukup jer kot. Nafkah batin tu, pikirlah sendiri. Hehehe.

Ikhwan: Ikhwan ni seorang yang teramatlah busy. Paling dedikasi mangabdikan diri sebagai seorang Project Engineer kat Vastalux. Dah jadi orang Kemamang skang nie. Hari-hari makang kepok ikang, waktu petang dekat pelabuhang. Jang nak cakap loghat Trg, bunyi cam pelik jer.. Belajar lagi Jang...

Adan: Adan, dulunya seorang cikgu kimia. Sekarang dah menjadi seorang tenaga pengajar atau Lecturer kat Kolej Komuniti Segamat. Tak tau la busy ke tak. Selalu nak join aktiviti, tapi last last sekali tak jadi. Commitment to work. Katenye...

Pija: Sedang praktikal kat Pasir Gudang. Name company nya tak tahu, yang pasti nyacompany design. Skarang ni pija agak bahagia dengan kehidupannya. Kalau tak caye, bacelah blog dia.

Hanis: Walaupun praktikal hanya dikampungnya iaitu di Petronas Gas Centralised Utility Facilities (macam pernah dengar jer name tempat ni) Kerteh, namun blog nya jugak agak bersawang. Mungkin banyak plant description yang die kena buat. Bagus Hanis, nanti mesti Pok Liang (supervisornya) recommend masuk Petronas.

Azam: Azam kat KL skrang. Tengah praktikal kat Transwater. Jangan salah paham, Transwater ni bukan company treatment water atau jual air ke, cendol ker aper ker.. Tapi, Transwater ni salah satu big company yang supply valve. Bukan main gah. Hehe.

Komathan: Tengah praktikal. But tak tahu kat mane. Tapi baru-baru ni dengar kata Komathan pergi Australia. Best pulak dengar. Hehehe.

Kenny: Lost contact. Tapi Kenny sekarang ni mungkin tengah keje as a Mechanical Engineer. Baru ni kata nak join pg Cameron, tapi tak jadik. Kiteorang dah sediakan hadiah. Rugi la aklau tak pergi. Hehehe.

Shawn: seorang lagi yang lost contact. Mungkin seoarang Civil Engineer agaknya. Mungkin juga sudah kaya raya. Mungkin....

Syafiq: Masih lagi belajar. Menyambung degree Software Engineering kat UMP. Nampaknya Syafiq makin hebat skrang ni. Baru-baru ni telah menjadi Timbalan Pengarah MINDS. Makin hebat. Teruskan Syafiq.

Masing masing dah ade commitment sendiri. Mencipta masa depan , supaya hidup menjadi senang. Apa apa pun, jangan lupa contact member member. Jika ada masa, boleh kita jumpe sama sama. Makan malam ker, minum teh ker, at least 2-3 orang jadilah. Hehehe.


Sunday, May 24, 2009

Coret- Coret Cameron Highland

Setelah sekian lama merancang, akhirnya berjaya juga team Koreivians ke Cameron Highland pada 22-23 May 2009. Walaupun, ramai yang tak dapat join, tapi aktiviti bercuti ini diteruskan juga. Hehehe.

Uddin bertolak dari Kok Lanas dengan menaiki proton Saga BLM nya manakala, Bash,Bd, Haidar dan Pija bertolak dari KL dengan menaiki kereta ferrari rasmi,berplat KBT. Kami telah bertemu di Tanah Rata. Pada mulanya, kami sangkakan apartment yang kami sewa ni cikai aje, tapi semuanya berubah apabila kami diberikan kunci bilik Villa Dahlia. Apartment ni dilengkapi dengan ruang tamu yang besar siap dengan astro, ruang makan, 3 bilik tdur, 2 bilik air dan dapur yang serba lengkap. Bilik 404 agak seram pada mulanya kerana ada cerita hantu yang dikaitkan dengan bilik ini. Peristiwa kehilangan kunci menambahkan ketakutan Haidar pada bilik ini. Cuba bayangkan kami mencari kunci di semua penjuru termasuk didalam peti sejuk, tong sampah, dalam dadih, bulgogi dan semua tempat yang tak logik. Akhirnya kunci itu ditemui dalam sofa, tenggelam kerana dihimpit badan Uddin.


Apartment 404. Sangat menarik dan berbaloi.

Aktitivi memasak merupakan aktiviti utama. Masak sampai semua perut full. Walaupun ada bebarapa orang dikalangan kami yang diet, tapi dipaksa makan juga. Akhirnya aku dapat makan bulgi yang diidam idamkan selama ini. Hahaha.


Lelaki yang "sibuk" di dapur. Hehe

Lucnch dengan crispy chicken and sosej with delicious low fat milk and orange.

Proses menyipakan bulgogi. Aku yang wat tu :p

Bulgogi yang hampir siap

Bulgogi yang siap untuk dimakan.

Baked sosej Uddin

Pija & Haidar sedang wat koslow

Sarapan pagi dengan steam boat. Hehe

Proses menyiapkan dadih

Sayur Bronkoli uddin

Strawberry + Low fat milk

Omalet dalam proses

Selain masak masak, aktiviti berjalan + makan lagi + shopping juga semestinya menjadi satu kewajipan. Hehehe

Berposing sebelum membeli belah di pasar

Jagung madu yang best

tak sedap sgt pun strawberry chocolate nie...

melantak disteamboat ditepi jalan

Bersiar siar di taman bunga

Tak beli pun. Posing jer.

Pija berjaya dipujuk oleh makcik bunga utk mebeli bunga dengan banyaknya.

Menikmati teh tarik vanilla +green tea+ curry puff

Cameron Valley

Pija & Haidar di sebalik pokok tea.

Actually, sangat sronok la bercuti ni. Tapi, kalau semua Koreivians dapat join, lagi best dan havoc. Takpe, masing2 ade komitmen lain. Tapi, harapnya, semua dapat join utk aktiviti kita yang akan datang, di Beijing. Lebih kurang bulan 1 atau 2 tahun depan and sebelum Pian Kahwin. Hehehe :p So, please simpan duit at least RM 2000 dari skarang. Hehehe.

Friday, May 15, 2009

2nd Anniversary

Dear Koreivians,

Sedar tak sedar, kamu ingat atau tidak, dimaklumkan bahawa hari ini 15 May 2009, merupakan 2nd Anniversary kite semua. Hehehe.

Tak sangka cepat giler masa berlalu. Dulu, susah payah kita semua bertungkus lumus untuk merealisasikan impian kita semua jadi realiti. Tak sangka, lepas penat mencari sponsor, becakaran sesame sendiri, baling-baling botol semasa meeting, kenangan tempura king, jual burger dan segala macam yang kita buat, akhirnya kita pergi jua. Hehehe.

Bersama warga Hanyang University

Bersame meggie..sponsor makanan..

Kini, boleh dikatakan semua telah berjaya. Masing-masing kini berkerjaya dan ada urusan tersendiri. Tapi, diharapkan agar persahabatan kita akan terus kekal. Mana la tau, ada yang akan jadi pasangan hidup ..hahahaha. Teruskan dengan konsep reunion kita. Ok. Semua. Jumpe di Cameron nanti (sape yang pergi jer la)..Hehehe.

Kite semua satu ketike dulu....hehehe

Wednesday, April 29, 2009

Gathering at Cameron Highland

To all Koreivians,

Dengan rasminya, dimaklumkan bahawa next gathering yang dicadangkan di Pulau Redang telah ditukar kepada Cameron Highland. Ini kerana faktor kekangan masa, since ramai yang tak dapat cuti dan ada yang bertungkus lumus uruskan pasal LI. So, harap2 kali ni, ramai yang dapat join since lagi ramai, lagi meriah kan. The details are as below:

  • Date: 23-24 May 2009
  • Fees: RM 100
  • Actvities: Uddin yang tentukan
So, sesapa yang boleh join, bagi tahu awal2 kat aku k. Hope ramai yang boleh join, coz lepas ni susah dah nak jumpe Uddin, dia kan nak pergi belayar dah. Ok

Ladang Teh


Hotel kita nak duk ke?


Pija & Hanis janji nak wat bulgogi kat Cameron nanti :p


Regards & Thanks:
Bidiey
Ex-Treasurer

Saturday, March 14, 2009

Pulau Redang is Waiting for Us

Dear Koreivians,

Pulau Redang is waiting for us!!!











Recommended Date : 22-24th May 2009
Fees: RM 400 per person
Activities included: 3 days 2 night accommodation, boat trip to Pulau Redang, food, bbq, snorkeling, beach activities and many more.

So, in order to ensure our trip become reality, please keep your money. Lets do the best for our another happiness. Enjoy!!!! Need another information, please contact me. Ok.

And remember, our next year trip, Beijing!!!

Regards,
Ex Treasurer
Koreivians

Monday, February 09, 2009

Project T-Shirt

Salam & Salam Sejahtera.

Dear Koreivians,

Aku cadang nak wujudkan Tshirt or sweater ker untuk kita2 nie. Since dari dulu kita tak de mende tu & thsirt yang ade pun tak sesuai untuk dijadikan tshirt "gedik-gedik", so, aku rasa mcm bagus jugak kalau kita ade tshirt nie. Leh kite hang out pakai tshirt same. Wahahaha :p

So, kalau korang stuju, ok la. But, jgn lupe yer RM 300 tu bayar dulu. Pada sesapa yang tgh sengkek macam aku (since gaji aku masuk setengah jer bulan ni), kita bolehlah masukkan duit tu sikit2 yer. RM 5o dulu ker, RM 100 dulu ker... depend on our tahap "kesengkeken". OK

Regards,
Ex-Treasurer

Sunday, February 01, 2009

BEIJING 2010

Assalamualaikum ...

Aku nak buat cadangan kat korang semua ...
Aku plan nak wat trip ke Beijing lah tahun depan ...
Skang ni Haida dah confirm nak join ... hanis macam 50-50 ...
Lain-lain aku belum kasitau lagi ...

Macam biasalah ... ambik masa seminggu ...
Kita lepak2 kat sana ... sewa seminggu apartment ...
Total cost per person maybe 2000 - 2500 jek ...
Setakat ni, aku belum sure apa motif ...
Maybe kalau korang de plan lain nak wat business ke ok gak ...
Boleh survey2 ...

Tarikh aku tak sure bile ...
Just nak korang punyer persetujuan dan willing untuk simpan duit ...
Tapi sebelum tuh ... make sure bayar RM300 bayaran tahunan kite k!

Take care...

Assalamualaikum ...

p/s sila komen kat sini untuk dapatkan persetujuan korang ...

Wednesday, January 21, 2009

Announcement

Dear Koreivians,
As majority agreed with the previous discussion at Genting, please be informed that I'am ready to collect all the money worth RM 300. By now, u all can bank in your money to my maybank account. Please get my account number from the previous email or sms me. Once u already bank in, please let me know by sending sms and transaction number to me. Instalment payment are allowed.
This money will be used for our next gathering, maybe at one island in Malaysia. Any loan also can be made in the time of difficulties with terms and conditions only. Hehehe.
Ok. Should u have any problem, don't hesitate to ask me, your ex-treasurer.
Lastly, gud luck in whatever you are doing. Let's keep "our crazy" friendship warm forever. Hehe.
"KOREIV. Seribu Impian.Sejuta Kenangan."

Thursday, January 08, 2009

UMP: Sila Emailkan Profile Korang

Assalamualaikum ...

UMP nak buat promosi. So, salah satu diorang nak mempromosikan UMP ialah dengan mempromosikan ex-students nyer macam kite2 ni ...

Aku pun, tolonglah Kak Rozi (Bah. Perkhidmatan Akademik) untuk kutip profile2 korang.

Please k ... demi UMP yang tersayang ....

So, please isikan mende alah kat bawah dan emelkan balik pada aku k.

1. Nama penuh
2. Nama syarikat
3. Position
4. Salary (Basic ataupun termasuk allowance ... depend)
5. Job Scope in Brief


* Please attach ur photo (gambar gempak2 sket) ..... due date 15 Jan 2009

I appreciate if you guys can forward this e-mail to our fellow friends yang dah grad ... dari UMP.

Assalamualaikum ...

Mohd Hazaruddin Muhammad
Marine Engineer Bridging Program (MISC Berhad)
Malaysian Maritime Academy
Mobile : +60125657834