Thursday, March 22, 2007

6 minggu saja lagi...BERTAHAN Team Koreiv07

Apa?

Tinggal 6 minggu sahaja lagi, ini bermakna tinggal 1 bulan 14 hari sahaja untuk team koreiv07 menapakkan kaki mereka di bumi korea..(the path is our destiny)

Disebabkan kesibukan yang melampau editor akibat dari desakan test/kuiz/assignment/project/presentation/PSM dan seminar softskills memaksa update berkenaan program Koreiv telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sehubungan itu, berikut diperincikan dengan jelas tentang perkembangan program sepanjang 12 hari yang lalu....

AMARAN DAN PERINGATAN:

Telah berlaku aktiviti penggunaan bilik gerakan Koreiv secara illegal tanpa keizinan pengarah program pada waktu kejadian yang tidak dikenalpasti oleh bukan team Koreiv..

Sehubungan itu, satu notis peringatan telah ditampal tindakan Dewi dan kerjasama setiap ahli koeriv diperlukan untuk menjaga bilik gerakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi

BERKENAAN TAJAAN:

Setiap peserta sedang bertungkus lumus mendapatkan tajaan masing-masing dan ALHAMDULILLAH perjalanan penajaan berjalan juga serba sedikit. Namun ini tidak meruntuhkan semangat team koreiv wal hal meningkatkan jati diri.

Antara senarai yang masih dalam progress team Koreiv adalah seperti berikut:
  1. Puzat zakat selangor dan kelantan
  2. Industrial zone pasir gudang
  3. List industri daripada MIDA
  4. Kawasan industri nilai
  5. Industrial park di petaling jaya
  6. Kerajaan negeri kedah
  7. Yayasan Al-Bukhari
  8. Dato Sabjan
  9. Islamiz art muzium Malaysia
  10. Yayasan sultan albahiah
  11. Yayasan islam negeri kedah
  12. Yayasan Pahang
  13. Superlink telah bagi tajaan jahitan baju lelaki
  14. MY 10 telah beri baju korporat MY10
  15. SB Machinery
  16. Prudential Insurance
  17. Silverstone
  18. Charie
  19. Watershock
  20. Friendly field
  21. Yayasan Terengganu
  22. Optima
  23. Bank Muamalat

Hanya senarai di atas dimana surat telah dihantar dan memerlukan followup untuk memperoleh jawapan.

JUALAN

Jualan cendol pada hari Jumaat yang lalu telah di adakan untuk 'test market' dan resultnya marginally acceptable. Susulan itu, team koreiv akan membukan gerai menjual burger dan air pada satu jualan di MIMBAR. Memori Indah Bersama Rasulullah. Satu program yang menampilakan Inteam dan Raihan bergabung untuk menghiburkan dan memeriahkan majlis.

TENTATIF PROGRAM

Terdapat perubahan tentatif secara keseluruhan dan di uruskan oleh hazaruddin. Walaupun berubah kebanyakan cuma berubah dari segi tempat dan masa sahaja. Program yang dirancang masih boleh diteruskan. Walaupun ada perubahan tentatif ia sebenarnya tidak menjejaskan langsung program ini. Semoga semua team koreiv jelas mengenai perkara ini.

MINNA SAYONARA

Cetusan peringatan..Koreiv07

Nampaknya hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi untuk semua peserta Koreiv untuk menunaikan hasrat dan impian mereka untuk menetapkan kaki di bumi Korea.

Di meja editor, impian ini bakal di garap tidak lama lagi.....persoalannya...

Adakah benar ianya akan berlaku?
Benar-benar cukupkah duit yang telah terkumpul?
Ada kemungkinankah ada peserta yang tidak dapat pergi disebabkan hal-hal tertentu?
Mungkinkah program ini akan berjalan seperti yang dirancang?
Adakah kesepakatan yang terjalin akan kekal bahagia sehingga penghujung program?
Adakah akan timbul perselisihan faham sesama ahli?
Bagaimana hendak mengatasi pendapat-pendapat luar yang tidak memberi keuntungan kepada Koreiv?

Pelbagai perkara boleh terjadi, tidak siapa akan menduga. Walaubagaimanapun di harap agar semua team Koreiv tetap teguh dan utuh sehingga ke akhir program ini.

Tidak khuatir apa yang akan berlaku tetapi pikir dan renungkanlah bagaimana cara, kesan program Korea ini terhadap pembaharuan serta pengalaman kita sendiri.

Jadikan Koreiv ini sebagai satu platform yang dapat memperbaiki diri sendiri.

Mungkin sebelum ini kita seorang yang tidak tahu memberikan komitmen.
Sekarang tidak lagi
Mungkin sebelum ini tidak mengerti cara berkomunikasi dengan pihak luar / penaja.
Sekarang sudah berani
Mungkin sebelum ini kita tidak mengenali satu sama lain semasa berada di universiti .
Sekarang sudah terjalin hubungan erat sekali
Mungkin kita tidak memahami apa sebenar erti perjuangan..sekurang-kurangnya
Sekarang kita sedang berjuang untuk Koreiv

Sekadar renungan buat semua peserta Koreiv, jangan mencipta alasan tetapi carilah jalan untuk mengatasinya. Selain itu, sila jaga akademik anda masing-masing kerana akademik juga mencerminkan sebahagian daripada diri anda.

Semoga segala cetusan yang diberi mampu memberikan sedikit sentakan kepada semua team Koreiv. GAMBATE KUDAISAII

Sunday, March 11, 2007

Sepanjang minggu yang lalu .......update

Ingatkan semula kepada semua team Koreiv untuk terus bersemangat dan mengenang kembali motif dan tujuan utama aktiviti ini dijalankan.

Aktviti usahawan telah berjalan dengan jayanya dengan menjual Tempura King..finger's lickin good kemudian..

Tajaan baju korporat pula telah diperolehi dari MY 10..Thank you My 10..

Terima kasih juga kepada pihak - pihak yang telah menaja sedang menaja dan akan menaja lagi program ini..

GAMSA HAMNIDA..

Lain dan tidak bukan diingatkan kepada semua peserta untuk mendapatkan RM 5OO lagi pada bulan ini...

Latihan kebudayaan pula akan menjelang tiba, maka bersedialah semua..

Apa pun tinggal 7 minggu sahaja lagi untuk KOREA EDUCATIONAL VISIT PROGRAM 2007

Can't wait the moment..

May God Bless Us...

GAMBATTE KUDAISAI