Sunday, May 27, 2007

4th day. Academic Tour in Hanyang Lab

Research and innovation expo in Hanyang
Chemical lab
Chemical equipment
Biotech-stuff
Mechanical stuff
Briefing upon the engine






Saturday, May 26, 2007

2nd n 3rd day di Hanyang University..




Research view in classroom

Hanyang Plaza

Hanyang punya Logo Cai Lab kot..

Gegaran Train di belakang..gegar..

Segaknya walaupun menunggu subway shj di Hannam Station












































cetusan perasaan dan rasa di Korea 1st day..

Gambar kenangan bersama Dato' Gamsa Hamnida Dato'

Perbincangan bersama Dato' sebelum taklimat

Mengemas (konon) sebelum taklimat bersama Embassy
Energetic and full of excitement

Semasa di Hong Kong International Airport

ehm nak ceritakan semua pasal aktiviti di korea memangla tersangat bestnya..sampai x terkata..jadi sy lampirkan pic sahaja sebagai tatapan semua ok..ini baru first day..






































Wednesday, May 16, 2007

Destiny and arrival to Korea...

Haha..walaupun cuti di Korea ada internet. Maka dengan itu aku boleh mengupdatekan perkembangan terbaru team Koreiv07 kami di Korea.

Kami menaiki flight jam 6 ptg di KLIA dengan penerbangan Cathay Pacific makan masa lebih kurang 3 jam shj. Flight memang best sebab servicenya agak baik dan cepat. Memang cool la..boleh makan macam2x..boleh tgk TV dan dgr radio. Memang seronok bagi mereka yang 1st time naik belon.

Pastu kami tiba di HKIA Hong Kong International Airport. Ehm memang betullah..seperti yang ditunjukkan dalam Dokumentari Extreme engineering..Air port HK memang macam kapal bentukknya ada terowong dan sangat bercahaya. (cayalah airport HK)..

Then pg semyang jap di tgh2x laman tempat menunggu HKIA...ehm tapi ada yang kena marah dgn makcik cleaner tandas sebb amik wudhu terjejeh-jejeh airnya di lantai (sian depa yg kena marah huhu)...

Pastu kami naik flight semula ke Seoul..haha destinasi yang terakhir patut kami tiba akhirnya.....

Tepat jam 5.45 pagi kami telah menjejakkan kaki di bumi Korea. Oh Tuhan terima kasih kerana memberikan kami peluang ini. Gamsa Hamnida.

Then checkout.. dari situ untuk menunggu Hakim dan Sist Ariza. Tepat jam 8.15 pagi kami menaiki bus untuk ke APT embassy. Bapak jalan kaki punya jauh dan mendaki bukit. Kenapa la buat atas bukit. Tapi okla..experiance baru dan best..

Ehm APT Korea memang best..guls dapat master bedroom dan boys kena dok luar ler and dapat 1 room. Apa-pun memang cool excited and best dapat sampai ke Korea.
Tak sabar untuk menunggu hari esoknya..Apa-pun semua pi rest dlu. TIDUR..

Bye2x..

Monday, May 14, 2007

OFFWORK TEAM KOREIV07..

Team Koreiv07 tiada di Malaysia bermula 15 Mei 2007 sehingga 22 Mei 2007...jadi sebarang followup sila hubungi kami setelah kami pulang di Malaysia. GAMSA HAMNIDA

DOAKAN DELEGASI KOREIV07..AMIN

Terima kasih kepada semua penaja dan pihak yang memberi sokongan kepada pihak Koreiv07. Semoga doa anda semua memberi keberkatan kepada delegasi Koreiv07.
Insyallah AMIN..

P/s: kami akan pergi menjalankan penyelidikan teknousahawan di Hanyang Universiti...

habis sudah Majlis Perasmian ..ARGHH..!!!

Berkat kesabaran para peserta koreiv07. masa2x yang dinantikan iaitu majlis perasmian Koreiv07. telah selamat dijalankan dengan begitu haru biru sekali..dan penuh kesyukuran....

Majlis bermula dalam jam 9.15 pagi dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' NC dan wakil penaja utama dari Hightech padu..dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Kemudiannya semua menjamu selera di DK dengan bersemangatnya..

Sedikit sesi temuduga dijalankan oleh Press dari NST, the star and berita harian. Bash , dewi dan adan telah ditemuduga (beruntung badan)..hehe

AAAAAARGHH!!!!!!

Semua peserta sangatlah keletihan dimana badan masing-masing sudah tidak dapat lagi menampung badan. Maka sesi petang untuk menyusun dan mengemaskini meja & kerusi di anjak ke jam 3 ptg..

Bila sesi petang plak..memang lah penat disebabkan ..semua peserta telah bertungkus lumus untuk mengemaskini meja, kerusi dan dewan yang telah digunakan..sehubungan dengan itu, cenderahati untuk research n cenderamata pihak luar telah diagihkan sesama peserta..

Selesai..pada petang plak..selepas magrib aktiviti bacaan yassin secara ringkas diadakan untuk memberkati lagi perjalanan delegasi koreiv07. Semoga delegasi ini memperoleh keberkatannya.

Ok. Doakan kami semua berjaya. AMIN

Thursday, May 10, 2007

semakin nak pergi..semakin banyak duit masuk..

Alhamdulillah...

Kepada team koreiv07 yang sentiasa tekun dan jitu mencari sponsor. Terima kasih.
Berkat kesabaran semua, duit kita semakin banyak mengalir masuk walaupaun tidak banyak tetapi ianya memungkinkan kita untuk pergi ke Korea 15hb Mei 2007 ini.

Jadi teruskan usaha murni ada. Gambatte Kudasaii..

P/s: perlukan lagi RM 3000 sahaja lagi untuk memberikan keselesaan penuh pada peserta. AMIN

Perit ..jerih sebelum majlis perasmian Koreiv07

Ehm..jerit perit beerti usaha. Usaha tidak akan datang tanpa kerja yang bersungguh dan ikhlas tidak akan lahir daripada riak. Di pendekkan cerita, persiapan untuk menguruskan majlis perasmian Koreiv07 amat menguji kesabaran para peserta.

Ini kerana majlis serba ringkas ini dirancang dalam masa yang cukup singkat dan perancangan yang cukup banyak dan teliti.

Paling menggerunkan sekali, untuk memanggil para penaja untuk hadir sebagai tetamu didalam majlis tersebut. Walaubagaimanapun, berkat kesungguhan AJK Jemputan iaitu PJA, ADAN dan SHAWN..serta semua peserta Koreiv yang telibat secara tidak langsung merupakan 60% daripada kejayaan majlis perasmian ini. (banyak 60% ini)..

Tak lain dan tidak bukan, apabila melibatkan majlis rasmi maka pelbagai ucapan untuk pihak2x VIP perlu disediakan. Tak termasuk skrip MC lagi. Wargh...peserta Koreiv terpaksa memecahkan otak masing-masing untuk mengeluarkan ilmu protokol mereka walaupun sebenarnya tiada sekelumit pengetahuan di otak mereka. (hehe..)

Apa lagi ya..ya ya ya..

Cenderahati untuk penaja2x, peserta Koreiv, pihak luar, pihak universiti dan tempat2x di Korea ..semuanya perly disediakan.Wargh sekali lagi..memang hebat peserta Koreiv ini kerana dalam seminggu sahaja dapat menyelesaikan semuanya..(cool)..

Oklah..buat masa ini sahaja jerit perit majlis perasmian dan untuk makluman semua Koreiv07 ada menyediakan buku program yang terhebat abad ini.
Ok . Good luck koreiv07 team..

ANNOUNCEMENT: Majlis Perasmian KOREIV07..

Semua pihak di UMP dijemput hadir. (Sila tunggu kad Jemputan dari Koreiv07)

Sehubungan dengan akan pemergian delegasi Koreiv07 ke Korea pada 15hb Mei 2007 ini dengan menaiki pesawat Cathay Pacific di KLIA.

Di war2xkan kepada semua warga UMP bahawa satu Majlis Perasmian Koreiv07 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh:14 Mei 2007
Masa: 8.30 pagi - 12.00 Tgh
Tempat: Dewan Kuliah Utama DKU1

Tujuan majlis ini adalah untuk menghargai dan meraikan para peserta Koreiv07 yang telah bersusah payah untuk menjayakan program ke Korea ini.

Semoga segala jerit perih mereka berhasil tatkala menjejakkan kaki di bumi Korea.
Semoga berjaya delegasi ke Korea ini.

Tuesday, May 08, 2007

ANNOUNCEMENT MEETING BERSAMA HEPA

Ingatkan pada semua team Koreiv07.
Meeting bersama pihak HEPA akan diadakan esok jam 8 pagi.
Jadi bersedialah ok.

Sunday, May 06, 2007

I minggu terakhir untuk KOREIV07? Ada apa yer??

Ehm..banyak yang akan berlaku dalam satu minggu...debaran setiap peserta makin terasa..

Apabila deposit bayaran tiket telah dibuat, jelas membuktikan bahawa team koreiv bakal menjejakkan kaki di bumi Korea. Ini sememangnya akan berlaku insyallah. Dengan berkat dari ALLAH SWT dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh peserta Koreiv akhirnya menghasilkan hasil.AMIN

EHM..untuk sepanjang minggu depan banyak kerja bertimbun. Ini adalah tanda peringatan bagi semua peserta. SU listkan semua dibawah ok.

Antara tugasan utama next week ialah menyelesaikan Majlis Perasmian Koreiv07:

1. Perlu selesaikan jemputan untuk majlis perasmian
2. Senarai barang yang perlu di bawa
3. Cenderahati penaja
4. Cenderahati tetamu
5. Cenderahati untuk tempat yang akan dilawati
6. Persiapan tempat dan perjalanan majlis
7. Meeting bersama department di UMP
8. Buku program
9. Slide show bg research dan program koreiv + UMPnya
10. Penyediaan PC dan su setiap program yg berjalan di Korea
11. Nak packing barang-barang
12. Dapatkan first air
13. Semua peserta kena dah siap tukar duit sendiri RM kepada WON ok
14. Hal-hal persendirian...
15. Laporan(nanti SU akan bg)
16. Amik ticket..paling penting ok
17. Hal-hal reserach sikit...

Ini sahajalah yang perlu disediakan dalam minggu depan..sikit sahaja.....ok
Jadi selamat berusaha semua team Koreiv07...

LOVE U GUYS..

Senarai sponsor KOREIV07...

TERIMA KASIH SEMUA..


Sartorius (M) Sdn. Bhd.
Global Electromech. (M ) Sdn Bhd
Mentari Alam Enterprise
Aspire Revolution Sdn Bhd
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd
Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor
D.I. Scientific Sdn. Bhd.
Silverstone Berhad
Ameir Enterprise
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Perkin Elmer Sdn Bhd
FPG Oleochemicals Sdn. Bhd.
Mutiara Warisan Tecnology Sdn Bhd
Fikrah Engineering Sdn. Bhd.
Pakar Management Technology (M) Sdn Bhd
DN Scientific Sdn Bhd
YB Chia Kwang Chye
Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd.
WJSB HOLDINGS
Sufiah Sujak
Casa Technology Resources Sdn. Bhd.
Kemuning Saintifik Sdn Bhd
NEC Semiconductors (M) Sdn Bhd
Mr Teoh Lam Ho
Dato Kadir (K-LINK)
Frontier Bond Sdn Bhd
Toxipac Services Sdn. Bhd.
ETD Makmur (M) Sdn. Bhd.
Rescorp Trading
Mr Sulaiman Bin A.Hamid
Vendor UMP (IKHWAN)
Alumni (HAFIZA)
Alumni (IKHWAN)
Era Gemilang
LPU
Kerajaan Negeri Pahang
Universiti Malaysia Pahang

24 jam di atas bus UMP..melucu atau tidak..

Semalam hari sabtu, 5 mei 2007. delegasi koreiv seramai 5 org iaitu, yuya@anis@athan@shawn&kenny telah meredah perjalanan ke KLIA berada di atas bus dari jam 12 tgh sehingga 5 pagi (Ahad)..

Perjalanan ini sungguh la jauh memakan beratus-ratus KM..sekadar hanya untuk menukar wang RM kepada 80 ribu won sahaja(3 ratus ringgit sahaja).. Perjalanan bermula di UMP-Temerloh-KL-KLIA-Temerloh semula-Patah balik ke Jerantut-seterusnya ke Kuala Tahan melalui Gua Musang..wakakaka..kami berlima telah melalui satu pengalaman yang merasa melucu...

Walaubagaimanapun, aktiviti dalam bus telah mengeratkan hubungan kami 5 sekawan. Pelbagai rahsia dan perasaan di kongsi bersama. Namun rahsia di atas bus hanya milik kami berlima. Em sebenarnya berenam..kerana kami telah memperoleh seorang kwn baru bernama TITO -kun.

Apa-pun tepat jam 5 kami tiba di UMP. Lega rasanya sampai di UMP...kerana dapat baring semula di atas tilam yang empuk. AMIN

Moralnya: Lain kali tanya dulu driver bus tu bila nak tumpang, bertolak n balik jam berapa? Ni main belasah pakai tumpang jer.. Kan dah jelajah satu PAHANG nie. Mau x panas Punggong....

Itulah pengalaman kami 5 serangkai yang tidak dapat dilupakan..May our friendship remains..

Tempat yang perlu kita serahkan cenderahati

Untuk ingatan semua. Ini adalah senarai pihak yang perlu kita serahkan cenderahati kita sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari Koreiv07 pada pihak yang sudi menerima kita di Korea.

1. Kedutaaan-perlu serahkan kepada 2 pihak
2. Hanyang-melibatkan persatuan mahasiswa malaysia di korea, persatuan pelajar Korea, International officers, Faculty of engineering and 2 pada representative hanyang university.
3. Masjid pada imam dan community islam di situ
4. Housing Gallery(visit)-pada 3 tempat yang kita akan lawati..

Jumlah kesemuanya ada 16 pihak yang perlu kita berikan. Semoga perjalanan kita mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Amin

Senarai barang yang Koreiv07 peroleh:

Ini adalah antara barang-barang tourism dan cenderahati yang diperolehi oleh pihak Koreiv07 daripada Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2007. Terima Kasih kami ucapkan. Kami akan berusaha untuk mempromosikan Malaysia di mata Korea.

1. Pin VM07 - 200 keping
2. Flyers - 200 keping
3. Notepad VM07 - 100 keping
4. KL Guide - 120 keping
5. T-shirt merah -18 helai
6. T-shirt biru - 19 helai
7. Pen VM07 - 200 keping
8. Beg kertas VM07 - 70 keping
9. Rantai VM07-200 keping
10.Calculator - 18 keping
11.VM07 badge sticker - 100 keping

Tidak dilupakan juga 20 helai baju korporat daripada MY10. Terima kasih semua. Semoga perjalanan kami mendapat keberkatan daripada semua yang menaja.