Monday, May 14, 2007

habis sudah Majlis Perasmian ..ARGHH..!!!

Berkat kesabaran para peserta koreiv07. masa2x yang dinantikan iaitu majlis perasmian Koreiv07. telah selamat dijalankan dengan begitu haru biru sekali..dan penuh kesyukuran....

Majlis bermula dalam jam 9.15 pagi dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato' NC dan wakil penaja utama dari Hightech padu..dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Kemudiannya semua menjamu selera di DK dengan bersemangatnya..

Sedikit sesi temuduga dijalankan oleh Press dari NST, the star and berita harian. Bash , dewi dan adan telah ditemuduga (beruntung badan)..hehe

AAAAAARGHH!!!!!!

Semua peserta sangatlah keletihan dimana badan masing-masing sudah tidak dapat lagi menampung badan. Maka sesi petang untuk menyusun dan mengemaskini meja & kerusi di anjak ke jam 3 ptg..

Bila sesi petang plak..memang lah penat disebabkan ..semua peserta telah bertungkus lumus untuk mengemaskini meja, kerusi dan dewan yang telah digunakan..sehubungan dengan itu, cenderahati untuk research n cenderamata pihak luar telah diagihkan sesama peserta..

Selesai..pada petang plak..selepas magrib aktiviti bacaan yassin secara ringkas diadakan untuk memberkati lagi perjalanan delegasi koreiv07. Semoga delegasi ini memperoleh keberkatannya.

Ok. Doakan kami semua berjaya. AMIN

No comments: