Thursday, May 10, 2007

Perit ..jerih sebelum majlis perasmian Koreiv07

Ehm..jerit perit beerti usaha. Usaha tidak akan datang tanpa kerja yang bersungguh dan ikhlas tidak akan lahir daripada riak. Di pendekkan cerita, persiapan untuk menguruskan majlis perasmian Koreiv07 amat menguji kesabaran para peserta.

Ini kerana majlis serba ringkas ini dirancang dalam masa yang cukup singkat dan perancangan yang cukup banyak dan teliti.

Paling menggerunkan sekali, untuk memanggil para penaja untuk hadir sebagai tetamu didalam majlis tersebut. Walaubagaimanapun, berkat kesungguhan AJK Jemputan iaitu PJA, ADAN dan SHAWN..serta semua peserta Koreiv yang telibat secara tidak langsung merupakan 60% daripada kejayaan majlis perasmian ini. (banyak 60% ini)..

Tak lain dan tidak bukan, apabila melibatkan majlis rasmi maka pelbagai ucapan untuk pihak2x VIP perlu disediakan. Tak termasuk skrip MC lagi. Wargh...peserta Koreiv terpaksa memecahkan otak masing-masing untuk mengeluarkan ilmu protokol mereka walaupun sebenarnya tiada sekelumit pengetahuan di otak mereka. (hehe..)

Apa lagi ya..ya ya ya..

Cenderahati untuk penaja2x, peserta Koreiv, pihak luar, pihak universiti dan tempat2x di Korea ..semuanya perly disediakan.Wargh sekali lagi..memang hebat peserta Koreiv ini kerana dalam seminggu sahaja dapat menyelesaikan semuanya..(cool)..

Oklah..buat masa ini sahaja jerit perit majlis perasmian dan untuk makluman semua Koreiv07 ada menyediakan buku program yang terhebat abad ini.
Ok . Good luck koreiv07 team..

No comments: