Tuesday, July 28, 2009

Ke Mana Koreivians Menghilang..

Lame tak blog ni tak di update. Maklumla, semua Koreivians tgh sibuk dengan kerja masing-masing.

Bash: Sibuk bekerja. Sebagai safety engineer, makin banyak projek yang kena handle. Dengar cerite bos kite ni akan melamar orang nanti. Betul atau tak, just wait n see.

Uddin: Sekarang ni tgh belayar mengeliling dunia. Belajar untuk menjadi seorang Marine Engineer dengan MISC. Baru ni Uddin msg kata die kat Jeddah. Sempat juga dia mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Pesan dia untuk semua, doakan kebahagiaan dia semasa dia belayar. Semoga Uddin gembira selalu.

Dewi: Dewi agak menyepikan diri. Mungkin banyak keje kot. Dewi skang ni engineer kat MMC Oil & Gas.

Haidar: Haidar ni selalu contact member2 walaupun sibuk Maklumla skang ni tgh kejer as a Engineer kat HLA, dalam masa yang sama sambung master kat UTM KL secara part time. Memang respect la kat Haidar. Boleh buat dua keje dalam satu masa, excellent plak tu result Master dia. Caiyuk Haidar...Caiyuk.

Bidiey: Inilah orang yang selalu update blog ni. Hehehe. Tak busy sangat. Skarang ni tengah buat full time Master of Engineering (Chemical) kat UKM . UKM ok..bukan UK. UK tu tinggal kenangan jer. Hehehe. Tapi tak per lah, at least ade orang yang tak busy, boleh la update blog nie.

Pian: Mungkin Pian tgh pening memikirkan soal perkahwinan dia next year. Yer lah, kahwin ni, bukan main main. Besar tanggungjawab nye. Kena siap sedia, cukup zahir dan batin. Tapi tak per, sebagai seorang Engineer kat Sime Darby, rasenya dari segi nafkah zahir, cukup jer kot. Nafkah batin tu, pikirlah sendiri. Hehehe.

Ikhwan: Ikhwan ni seorang yang teramatlah busy. Paling dedikasi mangabdikan diri sebagai seorang Project Engineer kat Vastalux. Dah jadi orang Kemamang skang nie. Hari-hari makang kepok ikang, waktu petang dekat pelabuhang. Jang nak cakap loghat Trg, bunyi cam pelik jer.. Belajar lagi Jang...

Adan: Adan, dulunya seorang cikgu kimia. Sekarang dah menjadi seorang tenaga pengajar atau Lecturer kat Kolej Komuniti Segamat. Tak tau la busy ke tak. Selalu nak join aktiviti, tapi last last sekali tak jadi. Commitment to work. Katenye...

Pija: Sedang praktikal kat Pasir Gudang. Name company nya tak tahu, yang pasti nyacompany design. Skarang ni pija agak bahagia dengan kehidupannya. Kalau tak caye, bacelah blog dia.

Hanis: Walaupun praktikal hanya dikampungnya iaitu di Petronas Gas Centralised Utility Facilities (macam pernah dengar jer name tempat ni) Kerteh, namun blog nya jugak agak bersawang. Mungkin banyak plant description yang die kena buat. Bagus Hanis, nanti mesti Pok Liang (supervisornya) recommend masuk Petronas.

Azam: Azam kat KL skrang. Tengah praktikal kat Transwater. Jangan salah paham, Transwater ni bukan company treatment water atau jual air ke, cendol ker aper ker.. Tapi, Transwater ni salah satu big company yang supply valve. Bukan main gah. Hehe.

Komathan: Tengah praktikal. But tak tahu kat mane. Tapi baru-baru ni dengar kata Komathan pergi Australia. Best pulak dengar. Hehehe.

Kenny: Lost contact. Tapi Kenny sekarang ni mungkin tengah keje as a Mechanical Engineer. Baru ni kata nak join pg Cameron, tapi tak jadik. Kiteorang dah sediakan hadiah. Rugi la aklau tak pergi. Hehehe.

Shawn: seorang lagi yang lost contact. Mungkin seoarang Civil Engineer agaknya. Mungkin juga sudah kaya raya. Mungkin....

Syafiq: Masih lagi belajar. Menyambung degree Software Engineering kat UMP. Nampaknya Syafiq makin hebat skrang ni. Baru-baru ni telah menjadi Timbalan Pengarah MINDS. Makin hebat. Teruskan Syafiq.

Masing masing dah ade commitment sendiri. Mencipta masa depan , supaya hidup menjadi senang. Apa apa pun, jangan lupa contact member member. Jika ada masa, boleh kita jumpe sama sama. Makan malam ker, minum teh ker, at least 2-3 orang jadilah. Hehehe.