Monday, April 18, 2011

Update pertengahan tahun 2011

Jika takde Bd or tiada aku or Udin maka bersaranglah blog koriev yang terchenta ini. Lebih-lebih lagi apabila bd sedang sibuk and udin sedang di atas lautan. Maka aku yang available ini sudi untuk mengupdate perihal terbaru yang berlaku antara taulan koriev.

Seperti sedia maklum, gathering koreiv bg tahun 2011 telah diadakan di Port Dickson, awal march hari tu. Masih lagi tidak cukup korum walaubagaimanapun trip tetap the best and terbaik. Dapat mandi pool, naek banana boat, main bola tampar, berkaroeke wajib dan makan serta bersembang dapat dilakukan.

Bash sekarang sdng disaat2x genting menanti kelahiran anaknya - due awal bulan 5, turut menyertai Pian yang mana wifenya pun turut mengandung dan dijangka due akhir tahun 2011. Doakan kebahagian mereka setelah bergelar seorang ayah ok.

Bd and Dewi pulak sedang bertungkus lumus menyiapkan majlis perkahwinan mereka yang mana dedekat jer tarikh perkahwinan mereka. Maka terpaksalah kita decide both side mana nak kena pergi since adalah wajib menghadiri majlis bdk koreiv. Kata nak kawan sampai tua anak cucu. Dewi still bekerja di MMCOGEL dan BD as MR J as lecturer di UMP Pahang.

Me as usual biasa jer relax jer, sudah tamat study, sedang aktif untuk mendaki gunung dan beronggeng sahaja. Tiada niat lagi untuk belajar or menukar pekerjaan or menukar kereta yea. Hanis pun sama, still kerja di batang berjuntai as technical chemist, chill jer life and sekarang asyik follow aku jer pergi training gunung kerana nak bina stamina untuk naik kinabalu this coming May.

Udin masih lagi diatas lautan kerja as engineer marine. Ntah apalah workscope dia, mungkin monitor engine kot. Same sepert azam kekadang terpaksa ke laut untuk inspection and test. Komitted kepada kerja, dan suka tertekan apabila tidak dapat bertemu dengan budak koreiv especially bash untuk gegelak sampai pecah perut. Azam sangat sayang bash.

Shafiq, dapat juga ketemu last di seoul garden, bekerja di Telekom Tower Bangsar. Seorang yang rajin, dedikasi dan berpandangan senantiasa jauh meninggalkan yang lain. Sesangat sibuk lelebih lagi senantiasa terlibat dengan bdk UMP dalam memberikan motivasi kepada junior2xnya. Sangat bagus. Khomathan plak, last jumpa waktu kenduri bash bersama-sama kami didalam alza hanis meredah PLUS Utara untuk melihat bash kawin. Dengar citer ada di pelantar area terengganu. Tetapi sebarang sms, email dan khabar tidak dapat diterima, a.k.a putus hubungan.

Jang pun berada di terengganu, jang memang semua orang rindu sbb satu aktiviti pun dia tak pernah join. Tapi x mengapa sebab tetiba aktiviti cruise dia nak join memang terbaik la kalo jang ada, boleh dipaksa nyanyi jer sebab ada suara sedap hehe. Jang memang seorang yang sibuk bekerja dan dedikasi terhadap keluarganya dan adik-adiknya yang ramai. Semoga kita ada rezeki untuk bertemu dengan Jang suatu hari nanti.

Kenny memang cute and maintain hensem as dedulu, takde tambah weight. maintain jer. Semua orang jeles melihatnya. Kenny berjaya join aktiviti PD ktoang and memang terbaiklah sebab kenny ada skill menangkap gambar lompat pada masa yang tepat. Memang photographer hebat nanti jadinya hehe. Kenny kerja di area sg buloh aircond company. alah aku tak ingat apa nama company tersebut. Yang nyata boleh ajak kenny kuar selalu sebab dekat hehe.

Adan memang aku salute. Bayangkan adan adalah seorang pendidik. Tapi jiwa adan yang blues itu memang sesuai di limpahkan kepada anak muridnya. Yeah adan sekarang dikhabarkan sedang memangku jawatan pegawai sukan yang menguji stamina dan daya kental diri. Semoga jawatan yang disandang itu dapat menyumbang ke arah fitness yang bagus untuk adan memacu puncak gunung kinabalu mei ini.

Pija, yang manja sudah menjadi seorang engineer. Bahkan pernah bertukar kerja dan adalah pekerjaanya kali ke 2 dan mungkin akan bertukar lagi hehe kerana akan ada sesi temuduga lagi di KL pada minggu hadapan. Apalagi singgahsana di rumah haku la di kuala lumpur. Sebagai engineer yang baru bertapak, maka pja memerlukan banyak masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan keliling dan masa untuk berjimba bersama rakan. Dgr citer pja sdg sibuk untuk berusaha menunaikan niat suci ke tanah mekah. Amin semoga usaha murninya diberkati amin. Doakan peluang kita pula akan tiba.

Well ada tak yang i miss n. erm rasanya shawn. aiya this lengchai memang sengaja larikan diri. masih lagi di KL cuma tak tau update status sebenar, but kenny mesti tau sebab mereka berdua baru balik berjimba dari beijing, memang x aci, pergi china without notice me. aiyark...

alrite thats all, after this event terdekat koreiv adalah wedding bd, dewi and kelahiran bash junior in the our circle of life..preparing for kinabalu hiking that involved some of koreivians, mencandat sotong trip, and giant event the cruise wahwah.for gathering 2012. hehe...

ok semoga akhir tahun kita update lagi, blog ini update 2-3x jer setahun haha...



koreiv kipas susah mati

Monday, January 24, 2011

New year 2011

As salam and hi,

Last update blog kita ni ialah oktober, sebelum Bd nak update pasal diri masing-masing.
Haku updatelah sedikit pasal program tahun lepas apa telah berlaku dan akan datang ini. Terdapat pergaduhan yang telah dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan semuanya telah baik semula.

Bos kita dan rakan kita pian telah selamat menjadi suami orang. Tengah on going process ialah BD dan dituruti oleh Dewi. Keduanya dijangka dalam awal June. Jadi sila lapangkan masa masing-masing untuk menghadirikan diri ke majlis mereka.

Pada tahun 2011, bash mencadangkan kita buat international trip (cam besar sahaja), tapi ke bangkok pun cukup international. Program ini akan menjadi gempak jika disertai oleh kita semua. Justeru itu, gathering koreiv buat kali ke 2 setelah 2 tahun berlalu akan diadakan pada awal Mac 2011 di port dickson.

Agenda utama adalah untuk release stress dan meluahkan ekpressi diri kepada sesiapa sahaja yang stress mahupun tidak atas pelbagai sebab. Semoga persahabatan circle ini dapat diteruskan ke 30 tahun akan datang lagi. Jadi marilah sama-sama memberikan komitmen keatas persahabatan ini.

Facebook group koreiv jugak telah dibuka agar kita dapat berdiskusi di pelbagai sumber memandangkan semuanya ada facebook. Kalo nak harapkan sms untuk berdiskusi cukup malas. jadi sila gunakan ruangan blog dan facebook untuk meluah, mencadang atau melepas rindu kepada geng korev.

Regards
koreiv kipas susah mati