Sunday, May 06, 2007

24 jam di atas bus UMP..melucu atau tidak..

Semalam hari sabtu, 5 mei 2007. delegasi koreiv seramai 5 org iaitu, yuya@anis@athan@shawn&kenny telah meredah perjalanan ke KLIA berada di atas bus dari jam 12 tgh sehingga 5 pagi (Ahad)..

Perjalanan ini sungguh la jauh memakan beratus-ratus KM..sekadar hanya untuk menukar wang RM kepada 80 ribu won sahaja(3 ratus ringgit sahaja).. Perjalanan bermula di UMP-Temerloh-KL-KLIA-Temerloh semula-Patah balik ke Jerantut-seterusnya ke Kuala Tahan melalui Gua Musang..wakakaka..kami berlima telah melalui satu pengalaman yang merasa melucu...

Walaubagaimanapun, aktiviti dalam bus telah mengeratkan hubungan kami 5 sekawan. Pelbagai rahsia dan perasaan di kongsi bersama. Namun rahsia di atas bus hanya milik kami berlima. Em sebenarnya berenam..kerana kami telah memperoleh seorang kwn baru bernama TITO -kun.

Apa-pun tepat jam 5 kami tiba di UMP. Lega rasanya sampai di UMP...kerana dapat baring semula di atas tilam yang empuk. AMIN

Moralnya: Lain kali tanya dulu driver bus tu bila nak tumpang, bertolak n balik jam berapa? Ni main belasah pakai tumpang jer.. Kan dah jelajah satu PAHANG nie. Mau x panas Punggong....

Itulah pengalaman kami 5 serangkai yang tidak dapat dilupakan..May our friendship remains..

No comments: