Thursday, March 22, 2007

6 minggu saja lagi...BERTAHAN Team Koreiv07

Apa?

Tinggal 6 minggu sahaja lagi, ini bermakna tinggal 1 bulan 14 hari sahaja untuk team koreiv07 menapakkan kaki mereka di bumi korea..(the path is our destiny)

Disebabkan kesibukan yang melampau editor akibat dari desakan test/kuiz/assignment/project/presentation/PSM dan seminar softskills memaksa update berkenaan program Koreiv telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sehubungan itu, berikut diperincikan dengan jelas tentang perkembangan program sepanjang 12 hari yang lalu....

AMARAN DAN PERINGATAN:

Telah berlaku aktiviti penggunaan bilik gerakan Koreiv secara illegal tanpa keizinan pengarah program pada waktu kejadian yang tidak dikenalpasti oleh bukan team Koreiv..

Sehubungan itu, satu notis peringatan telah ditampal tindakan Dewi dan kerjasama setiap ahli koeriv diperlukan untuk menjaga bilik gerakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi

BERKENAAN TAJAAN:

Setiap peserta sedang bertungkus lumus mendapatkan tajaan masing-masing dan ALHAMDULILLAH perjalanan penajaan berjalan juga serba sedikit. Namun ini tidak meruntuhkan semangat team koreiv wal hal meningkatkan jati diri.

Antara senarai yang masih dalam progress team Koreiv adalah seperti berikut:
  1. Puzat zakat selangor dan kelantan
  2. Industrial zone pasir gudang
  3. List industri daripada MIDA
  4. Kawasan industri nilai
  5. Industrial park di petaling jaya
  6. Kerajaan negeri kedah
  7. Yayasan Al-Bukhari
  8. Dato Sabjan
  9. Islamiz art muzium Malaysia
  10. Yayasan sultan albahiah
  11. Yayasan islam negeri kedah
  12. Yayasan Pahang
  13. Superlink telah bagi tajaan jahitan baju lelaki
  14. MY 10 telah beri baju korporat MY10
  15. SB Machinery
  16. Prudential Insurance
  17. Silverstone
  18. Charie
  19. Watershock
  20. Friendly field
  21. Yayasan Terengganu
  22. Optima
  23. Bank Muamalat

Hanya senarai di atas dimana surat telah dihantar dan memerlukan followup untuk memperoleh jawapan.

JUALAN

Jualan cendol pada hari Jumaat yang lalu telah di adakan untuk 'test market' dan resultnya marginally acceptable. Susulan itu, team koreiv akan membukan gerai menjual burger dan air pada satu jualan di MIMBAR. Memori Indah Bersama Rasulullah. Satu program yang menampilakan Inteam dan Raihan bergabung untuk menghiburkan dan memeriahkan majlis.

TENTATIF PROGRAM

Terdapat perubahan tentatif secara keseluruhan dan di uruskan oleh hazaruddin. Walaupun berubah kebanyakan cuma berubah dari segi tempat dan masa sahaja. Program yang dirancang masih boleh diteruskan. Walaupun ada perubahan tentatif ia sebenarnya tidak menjejaskan langsung program ini. Semoga semua team koreiv jelas mengenai perkara ini.

MINNA SAYONARA

No comments: