Thursday, March 22, 2007

Cetusan peringatan..Koreiv07

Nampaknya hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi untuk semua peserta Koreiv untuk menunaikan hasrat dan impian mereka untuk menetapkan kaki di bumi Korea.

Di meja editor, impian ini bakal di garap tidak lama lagi.....persoalannya...

Adakah benar ianya akan berlaku?
Benar-benar cukupkah duit yang telah terkumpul?
Ada kemungkinankah ada peserta yang tidak dapat pergi disebabkan hal-hal tertentu?
Mungkinkah program ini akan berjalan seperti yang dirancang?
Adakah kesepakatan yang terjalin akan kekal bahagia sehingga penghujung program?
Adakah akan timbul perselisihan faham sesama ahli?
Bagaimana hendak mengatasi pendapat-pendapat luar yang tidak memberi keuntungan kepada Koreiv?

Pelbagai perkara boleh terjadi, tidak siapa akan menduga. Walaubagaimanapun di harap agar semua team Koreiv tetap teguh dan utuh sehingga ke akhir program ini.

Tidak khuatir apa yang akan berlaku tetapi pikir dan renungkanlah bagaimana cara, kesan program Korea ini terhadap pembaharuan serta pengalaman kita sendiri.

Jadikan Koreiv ini sebagai satu platform yang dapat memperbaiki diri sendiri.

Mungkin sebelum ini kita seorang yang tidak tahu memberikan komitmen.
Sekarang tidak lagi
Mungkin sebelum ini tidak mengerti cara berkomunikasi dengan pihak luar / penaja.
Sekarang sudah berani
Mungkin sebelum ini kita tidak mengenali satu sama lain semasa berada di universiti .
Sekarang sudah terjalin hubungan erat sekali
Mungkin kita tidak memahami apa sebenar erti perjuangan..sekurang-kurangnya
Sekarang kita sedang berjuang untuk Koreiv

Sekadar renungan buat semua peserta Koreiv, jangan mencipta alasan tetapi carilah jalan untuk mengatasinya. Selain itu, sila jaga akademik anda masing-masing kerana akademik juga mencerminkan sebahagian daripada diri anda.

Semoga segala cetusan yang diberi mampu memberikan sedikit sentakan kepada semua team Koreiv. GAMBATE KUDAISAII

No comments: