Saturday, June 02, 2007

Ikhtibar dari program masjid

Sepanjang berada di Seoul, aktivit team koreiv lebih berpusat kepada research dan mengenali hanyang dan bandar seoul.

Maka tidak terlintas setiap masa untuk memuhasabah kan diri masing-masing kerana kegembiraan yang tidak terhingga melanda diri berkaitan dengan berjaya menjejakkan kaki ke Korea dengan hasil usaha sendiri

Sehubungan dengan itu, apabila kami mengikuti program bersama Korean Muslim rasa muhasabah diri terserap didalam diri masing-masing

Agenda program cukup mudah dan ringkas:

Dimana kita akan memuhasabah diri di tempat yang indah permai iaitu di Soksa, sebuah kawasan pergunungan dan di situ kita sebagai manusia yang hina dan kerdil ini akan berkata bahawa indahnya tempat tersebut

Tanpa kita sedari sebenarnya kita ingin sangat mensyukuri nikmat tuhan yang maha esa
Kemudian, kami dipaparkan mengenai perkembangan Islam di Korea dimana Islam sudah masuk 50 tahun bertapak di Korea

Sebagai korean muslim sambutan 50 tahun ini adalah anugerah kepada mereka kerana telah diberikan hidayah oleh Allah dan mampu bertahan agak lama dan Insyallah Islam akan terus berkembang di Korea

Itulah sebenarnya harapan korean Muslim di Korea. Agar mereka di permudahkan urusan bersama Allah SWT. Masyallah

Masyallah adalah antara perkataan yang sering terbutir di kalangan muslim korea ini setiap kali adanya mereka kagum dengan kebesaran Allah dan kemegahan Islam di Malaysia

Perbincangan mengenai Islam di Malaysia turut dibincangkan dan antara perkara menraik adalah mendengar luahan dan pengalaman mualaf dari Korea bagaimana mereka memeluk Islam. Mereka boleh diibaratkan sebagai kain putih yang suci dan memelihara perilaku diri mereka sebaik-baik umat Islam

Sebagai umat islam di Malaysia sendiri adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjawab sebaiknya-seadanya dan seeloknya bagi memuaskan hati mereka. Supaya mereka tidak menyalah anggap bagaimanakah kehidupan seorang muslim di Malaysia

Muslim di Malaysia amat beruntung kerana telah Islam sejak dari kecil lagi dan memperoleh serta memperaktikkan anutannya bermula dari usia 7 tahun. Bayangkanlah betapa lama masa yang kita ada untuk beribadat kepadaNYA dan mentaati segala suruhannya.

Sebagai Islam apabila kita ingin membentangkan perihal Islam kepada orang lain adalah sama maksudnya seperti kita sedang berdakwah dan apabila ini berlaku kadang-kadang kita lupa adakah kita ini sememangnya khalifah Allah yang benar -benar ingin berdakwah di muka bumi ini.

Maka sebagai Islam kita perlu juga memuhasabah diri dan sentiasalah mentaati suruhan Allah dan berdakwahlah kepada diri sendiri dan orang lain. Anjakan paradigma juga perlu di ambil bagi membolehkan kita berhijrah kepada suatu bentuk lain yang kita senangi. Insyallah semoga hijrah kita akan mendapat keberkatan dariNYA.

P/s: program ini banyak mengetuk hati peserta untuk memuhasabahkan diri masing-masing AMIN

No comments: