Thursday, January 04, 2007

ADA PLAK Perkembangan TERTinggaLL..

Kepada semua geng koreiv..nak pesan la nie ya..dah baca blog I kenalah sentiasa beringat sama ada kerja masing2x dah siap atau belum ok..jadi berikut nak letak bidang tugas sikit..

Nampak cam x penting tapi sebenarnya guideline masing2x..

Mana tahu tak siapkan tugasan ..ada yang miss ke ..tak ke nanti menyusahkan bos..

Sekarang masih x nampak tapi..suspect la skit pada bos ok..sebab dia dah la botak nanti x da rambut terus okla..x mau merepek lagi..

____________________________________________________________________

benda ni dalam kotak..takut x cantik plak.tapi x perla..

Bidang tugas Ahli jawatankuasa KORIEV07

Muhd Bashori b. Abu Bakar
Pengarah program
Memantau segala unit ahli jawatankuasa program

Mohd Hazaruddinn b. Muhammad
Timbalan Pengarah I
Pemangku pengarah program
Menguruskan segala hal-hal aktiviti dan urusan rasmi di Korea
Bertanggungjawab merangka aktiviti di Korea
Bertanggungjawab menghubungi tempa, industri dan universiti yang akan dilawati di Korea
Memantau unit aktiviti dan tugas-tugas khas

Dewi Haryani bt. Sulaiman
Timbalan Pengarah II
Pemangku pengarah
Menguruskan segala hal-hal aktiviti dan urusan rasmi di Malaysia
Membantu pengarah dalam urusan rasmi dengan universiti dan pihak kementerian pengajian tinggi
Memantau Unit projek khas, penyelidikan dan makanan dan unit tajaan
Menguruskan pertemuan dengan pihak-pihak di Malaysia

Junaidi b. Zakaria
Penyelaras Kewangan

Memantau jawatankuasa projek khas dan tajaan
Menyelaraskan dasar perbelanjaan program
Menyediakan kertas kerta penajaan
Menyediakan laporan kewangan semasa
Menjadi wakil berurusan dengan pihak bendahari KUKTEM

Haidar Akma bt Zainul Amri
Setiausaha
Memantau unit dokumentasi
Menguruskan segala surat rasmi keluar dan masuk universiti
Memfailkan surat dan dokumen rasmi
Menyediakan laporan semasa bagi setiap aktiviti
Menyediakan minit mesyuarat
Memeriksa setiap surat yang disediakan oleh ahli jawatankuasa program

Norhafiza Hamidon
Unit Aktiviti

Merangka program dan pengisian berbentuk pendidikan semasa di Korea
Bertindak sebagai PC program semasa program pendidikan dijalankan di Korea
Menyediakan tentatif program
Membantu timbalan pengarah 1
Menguruskan urusan rasmi dengan universiti yang terdapat di Korea
Bekerjasama dengan unit tugas-tugas khas untuk merangka aktiviti bagi program anak angkat
Mendapatkan pengurus program daripada orang korea sebagai pengiring semasa di Korea
Membuat penyelidikan berkenaan universiti serta tempat yang ingin dilawati

Mohd Ikhwan Saifulnizam b. Roslan
Unit Tajaan I
Menguruskan urusan rasmi dengan pihak kerajaan serta pihak yang berhubungan dengan KUKTEM
Sentiasa mendapatkan maklum balas dari pihak penaja
Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari tajaan
Mengurus dan merancang pertemuan bersama agensi serta pihak yang ingin memberikan penajaan
Mendapatkan senarai pihak yang boleh memberikan penajaan

Teoh Sun Jie
Unit Tajaan II
Membantu unit tajaan I
Menguruskan urusan rasmi dengan pihak kerajaan serta pihak yang berhubungan dengan KUKTEM
Sentiasa mendapatkan maklum balas dari pihak penaja
Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari tajaan
Mengurus dan merancang pertemuan bersama agensi serta pihak yang ingin memberikan penajaan
Mendapatkan senarai pihak yang boleh memberikan penajaan

Mohd Ramadan b. Mohd Khalid
Unit Penyelidikan dan Makanan

Menguruskan urusan penginapan semasa di Korea
Membuat penyelidikan berkaitan dengan makanan di Korea
Menyenaraikan senarai makanan tin yang boleh di bawa ke Korea
Menjadi Ketua Penyelidikan bagi penyelidikan yang ingin dijalankan di Korea
Menyediakan dan merangka borang survey, ‘questionnaire’, tajuk penyelidikan dan kumpulan sasaran yang terlibat di dalam penyelidikan semasa di Korea dan di Malaysia

Mohd Norazam b. Md Aris
Unit Dokumentasi

Membantu setiausaha dalam pengurusan surat menyurat
Membuat dokumentasi dokumen dalam dwi bahasa
Menbantu memeriksa setiap surat yang disediakan oleh ahli jawatankuasa program
Menjadi AJK Protokol bagi setiap majlis dan program di Korea
Menyedia dan mengedar sijil kepada peserta
Menjadi pengarah program untuk majlis perasmian KORIEV07

Khomathan A/L Valayetham
Unit Kebudayaan dan Cenderahati

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kebudayaan yang di rancang mengikut tentatif program
Membuat persediaan persembahan dari segi tarikh dan latihan
Mendapatkan peralatan untuk menjalankan aktiviti kebudayaan
Mendapatkan tajaan dari Kementerian Kebudayaan
Mendapatkan baju batik untuk tujuan promosi di Korea
Bertanggungjawab untuk menempah, membeli dan menyediakan cenderahati kepada pihak penaja serta kepada tempat yang akan dilawati

Shafiran b. Sarifuddin

Unit Projek Khas
Merangka program/projek di Malaysia bagi mendapatkan sumber kewangan
Menjadi pengarah program bagi aktiviti motivasi, ceramah, jualan dan bengkel
Menyediakan kertas kerja bagi setiap projek yang dirancang
Melantik AJK pelaksana program di kalangan peserta KORIEV07
Menyiapkan laporan setiap program

Mohd Syafiq b. Bachok
Unit Multimedia

Merekabentuk blog atau web page program KORIEV07
Bertanggungjawab merekabentuk buku program, slideshow, banner, flyers dan poster
Menjalankan publisiti meluas di dalam KUKTEM dan di luar KUKTEM
Mendapatkan rakan media untuk KORIEV07
Mendapatkan sponsor daripada rakan media
Mendapatkan tajaan promosi di Kementerian Pelancongan

Lau Kah Choon
Unit Tugas-tugas Khas
Mendapatkan maklumat untuk program lawatan industri di Korea
Menjadi pengarah program lawatan industri
Menyediakan kertas kerja lawatan industri dan pengisian serta tentatif program
Membuat penyelidikan tempat lawatan industri
Bertanggungjawab dalam lawatan rasmi dengan industri
Membantu Timbalan pengarah I
Menjadi person in charge untuk program keluarga angkat

............................................................................................................................................................................

Bidang tugas dah diserta kan, maka apalagi yang tinggal ya..

Nampaknya itu sahajalah dulu..sebab details peserta nak wat cantik2x sikit dengan penjelasan setiap peserta ok. Masih belum mempunyai gambar. Yang paling penting dah masukkan semua data dalam internet jadi x perlulah..risau kalau hilang data dari laptop...

Alhamdulillah lega sekarang. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan ini.

Kepada semua pembaca blog saya ini. Doakanla semoga program ini berjaya.

Dan akan saya peruntukkan satu masa untuk menceritakan mengenai program ini sejelas2xnya ok..saya buntukan waktu sekarang. Jam pun dah menunjukkan jam 4 pagi. tak sangka saya bersungguh betul dalam menyiapkan blog ini. Satu malam aja sudah penuh. Syukran

Oklah selamat malam..Assalamualaikum semua

No comments: