Thursday, January 04, 2007

Segala progress program DISEMBER 2006

Progress Program sepanjang cuti 2 minggu di KUKTEM

Sepanjang bekampung di KUKTEM demi untuk menyiapkan paperwork program yang terbaik. Semua peserta Koreiv07, berkecuali saudara hazaruddin & saudari dewi haryani telah bertungkus-lumus menyiapkan segala yang berkaitan di atas arahan pengarah program

Oleh itu, antara perkembangan yang di jalankan adalah seperti berikut:

1. Pembahagian tugasan oleh p.m
2. Membuat penyelidikan bg aktiviti, makanan, tempat, pengangkutan ,penginapan & etc
3. Buat senarai tajaan
4. Mengemail sesiapa yang berkaitan
5. Menyiapkan kertas kerja & surat-surat
6. Sentiasa mendownload perkara penting di KMC.


Sebelum lupa, tempat perjumpaan adalah di Library KUKTEM..

Sepanjang pengetahuan..berasa gumbira kerana semua membuat kerja yang bersungguh-sungguh dan tidak menampakan kelemahan. but who knows in da future?

Tugasan di atas nampak seperti sedikitkan..tetapi sebenarnya banyak.

.................................................................................................

PROGRESS PERKEMBANGAN TUGASAN SELAMA BEBERAPA HARI DI KMC/LIBRARY



Jam 10 pagi – 11 pagi

Unit Projek Khas
 Unit projek khas dikehendaki untuk merancang segala aktiviti yang boleh menjana sumber pendapatan kepada program KORIEV07.

Unit Penyelidikan & Makanan
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Multimedia
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Tajaan
 Membantu Unit Projek Khas

Unit Tugas-Tugas Khas
 Menjalankan penyelidikan berkaitan dengan industri di Korea seperti Hyundai dan Samsung

Seterusnya pada sesi kedua, pengarah program telah memberikan tugasan lain untuk dijalankan oleh ahli jawatankuasa KORIEV07.


Jam 11 pagi – 1.00 petang

Unit Projek Khas
 Merangka kertas kerja dasar bagi setiap aktiviti yang di jalankan untuk menjana sumber kewangan program

Unit Penyelidikan & Makanan
 Merangka strategi perancangan penyelidikan yang ingin dilaksanakan di Korea dan di Malaysia
 Menetapkan tarikh yang bersesuaian untuk menjalankan ‘brainstorming’ penyelidikan bersama ahli jawatankuasa program
 Menyediakan kertas kerja dasar penyelidikan yang ingin dijalankan

Unit Multimedia
 Menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan rakan media untuk bekerjasama dalam menjalankan publisiti program KORIEV07
 Merekabentuk pamplet

Unit Tajaan
 Mendapatkan prosedur penajaan yang jelas

Unit Tugas-Tugas Khas
 Menyediakan kertas kerja dasar bagi lawatan industri yang akan dijalankan di KOREA

Tepat jam 4.30 petang semua ahli jawatankuasa beransur pulang.

.................................................................................................

PERKEMBANGAN SETERUSNYA SELAMA BEBERAPA HARI LAGI


Setiausaha - Sdri Haidar Akma bt Zainul Amri
 Membantu penyelaras kewangan menyiapkan belanjawan program
 Menyiapkan laporan semasa perkembangan tugasan KORIEV07

Penyelaras Kewangan - Sdr Junaidi b. Zakaria
 Menyiapkan justifikasi kewangan
 Menyiapkan belanjawan program

Unit Aktiviti - Sdri Norhafiza Hamidon
 Menyiapkan justifikasi tentatif program

Unit Projek Khas - Sdr Shahfiran Sarifuddin
 Menyiapkan kertas kerja dasar bagi aktiviti projek khas

Unit Penyelidikan & Makanan - Sdr Mohd Ramadan b. Mohd Khalid
 Menyiapkan kertas kerja dasar bagi aktiviti penyelidikan

Unit Multimedia - Sdr Mohd Syafiq b. Bachok
 Mengemaskini semua senarai alamat media di dalam satu ‘folder’
 Menyiapkan rekabentuk pamphlet - Negara Korea
- KORIEV07
- KUKTEM
- Majlis Perasmian
 Merekabentuk buku program KORIEV07

Unit Tajaan- Sdr Mohd Ikhwan Saifulizam b. Roslan
- Sdr Teoh Sun Jie

 Menyiapkan prosedur mendapatkan tajaan dalam bentuk kertas dasar
 Menyiapkan senarai alamat yang boleh memberikan penajaan
 Mendapatkan alamat tajaan daripada Sdr. Khomathan, Azam dan dewi
 Membuat penyelidikan tentang ‘contact person’ bagi setiap penaja
 Menyiapkan surat tajaan

Unit Tugas-Tugas Khas- Sdr Lau Kah Choon
 Mendapatkan alamat bagi tempat lawatan industri yang akan dikunjungi dan ‘housing gallering samsung’
 Menyiapkan ‘industrial attachment’ dan kertas kerja dasar lawatan industri

Unit Kebudayaan & Cenderahati - Sdr Khomathan A/l Velayetham
 Memberi senarai tajaan kepada Unit Tajaan
 Membuat penyelidikan untuk merangka bentuk persembahan yang bersesuaian untuk dilaksanakan semasa di KOREA
 Menyiapkan kertas kerja dasar untuk Malam Integrasi Budaya

Unit Dokumentasi – Sdr Mohd Norazam b. Md Aris
 Menyerahkan senarai tajaan kepada Unit Tajaan
 Menyiapkan kertas kerja dasar Majlis Perasmian dan Bacaan Yassin

Waktu menyiapkan semua tugasan tamat lebih kurang jam 4.30 petang. Oleh itu, semua ahli jawatankuasa bersiap-sedia untuk beransur pulang. Walaupun kepenatan tetapi semua ahli jawatankuasa bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

.................................................................................................

Tidak dilupakan juga progress pemilihan peserta..tetapi itu akan dipublish dengan sapa peserta itu ok..jadi last perkembangan should be laporan formal sikit & penghantaran proposal pd KPT..

.................................................................................................

LAPORAN PADA 19 NOV 2006

1.0 Ucapan aluan Pengarah program

1.1 Mesyuarat kali pertama ini dipengerusikan oleh pengarah program sendiri iaitu saudara Mohd Bashori b. Abu Bakar. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan umul kitab Al-fatihah dan kata-kata aluan pengarah. Ucapan tahniah turut disampaikan daripada pengarah program kepada semua peserta yang terpilih untuk menyertai program antarabangsa iaitu Korea Education Visit (KORIEV07).

2.0 Penerangan program Korea Education Visit

2.1 Memandangkan ini adalah pertemuan pertama bersama dengan semua peserta KORIEV07 maka pengarah menerangkan kepada peserta-peserta mengenai program ini secara kasar. Peserta telah diterangkan mengenai objektif dan matlamat serta perjalanan program ini dijalankan secara ringkas.

3.0 Pembahagian Tugas

3.1 Sehubungan dengan itu, pengarah telah menerangkan tugas yang akan di rancang dan dilaksanakan oleh setiap jawatankuasa bagi melancarkan lagi program KORIEV07. Oleh itu, pembahagian tugas dan jawatankuasa seperti berikut telah di bahagikan. Selain itu, perincian mengenai tugas masing-masing juga turut dijelaskan oleh pengarah program.

Jawatankuasa baru organisasi KORIEV07

Unit Aktiviti Nor Hafiza bt Hamidon
Unit Dokumentasi Mohd Norazam b. Md Aris
Unit Multimedia Mohd Syafiq b. Bachok
Unit Tugas-tugas Khas Lau Kah Chun
Unit Penyelidikan & Makanan Mohd Ramadan b. Khalid
Unit Cenderahati & Kebudayaan Khomathan A/L
Unit Projek Khas Shafiran b. Sarifuddin
Unit Tajaan I Teoh Sun Jie
Unit Tajaan II Ikhwan Saifulnizam b. Roslan

4.0 Lain-lain

4.1 Terdapat pelbagai agenda lain yang dibincangkan dikalangan peserta untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam melaksanakan program ini. Berikut adalah antara agenda yang telah diperbincangkan.

Agenda I : Perbelanjaan program

Timbalan pengarah I saudara Hazarudin menerangkan kepada peserta secara kasar mengenai perbelanjaan perjalanan ke Korea secara kasar. Untuk pengangkutan program ini memperuntukkan lebih kurang RM 1700. Selain itu, pengangkutan secara transit di dalam korea berjumlah RM 500 per kepala. Oleh kerana pengangkutan merupakan perbelanjaan yang termahal maka timbalan pengarah menyarankan unit projek khas untuk bersiap-sedia menguruskan program yang dapat menghasilkan sumber kewangan. Secara totalnya program ini memerlukan RM 100 000 untuk memastikan program ini berjalan lancer. Walaubagaimanapun minima perbelanjaan merupakan separuh daripada perbelanjaan asal program.

Agenda II : Tajaan

Setiap peserta dikehendaki mendapatkan RM 2000 untuk menampung perbelanjaan program ini. Sehubungan dengan itu, kertas kerja tajaan perlu disediakan oleh unit tajaan mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh pihak penaja.

Agenda III : Tugasan kepada peserta

1. Pembayaran wang komitmen sebanyak RM500 pada minggu pertama pelajar menerima wang PTPTN
2. Menyediakan senarai syarikat yang berkemampuan untuk memberikan tajaan kepada program dan di serahkan pada mesyuarat seterusnya
3. Sediakan resume dan turut diserahkan pada mesyuarat seterusnya
.................................................................................................

Ok rasanya itu sahaja perkembangan sikit..tetapi sebenarnya ada lagi...ok


NEXT POST : would be sapa peserta koreiv with pic and submitting of proposol to kpt ok..serta new update k.. Jya na

No comments: