Thursday, January 25, 2007

Sg yg tenang jgn disangka tiada duit : Sponsor la

20 Jan 2007

1. Pemberitahuan mengenai dokumentasi penajaan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

1 Kertas Kerja Program (biru)
2 Kertas Kerja Penajaan (merah jambu)
3 Surat sokongan Dekan
4 Surat Tajaan KOREIV’07
5 Surat kebenaran KPT
6 Resume setiap peserta untuk tajaan individu


2. Pembahagian tempat yang ingin di pohon penajaan adalah berdasarkan senarai yang diberi dan pembahagian akan dilakukan oleh Unit Tajaan.

3. Pendekatan tajaan terbahagi kepada dua, dalam dan luar KUKTEM

4. Penajaan untuk mendapatkan T-Shirt dan peralatan program perlu dilakukan dengan segera untuk memudahkan aktiviti ELC dan Motivasi dijalankan. Penajaan daripada Proton Edar akan dilakukan oleh saudari Haidar Akma.

5. Surat sokongan dari Rektor diperlukan untuk mendapatkan senarai tender yang berurusan dengan KUKTEM dari pejabat bendahari. (Tindakan saudara Bashori untuk mendapatkan surat tersebut)

6. Pengarah program mengingatkan kepada semua peserta untuk menyenaraikan syarikat individu yang ingin untuk menaja dan dikehendaki membawanya pada mesyuarat akan datang pada Isnin 22 Januari 2007.

7. Segala alamat yang akan diberi kepada Ikhwan pada mesyuarat akan datang adalah untuk pengurusan meletakkan no rujukan surat.

8. Berhubung dengan penajaan didalam & luar KUKTEM antara syarikat yang disenaraikan adalah seperti berikut:

1 Kafe & Koperasi UKK2 (Tindakan Bashori dan Junaidi)
2 Syarikat Mesin Basuh UKK2
3 Syarikat Watershock (watercooler) & Cleanliner (Tindakan Dewi)
4 Bank Muamalat (Tindakan Ikhwan)
5 Yeos/Maggi/Nestle/Ibrahim dan Ramlee Burger telah dihubungi oleh saudara Ramadan


9. Berikut adalah beberapa posedur yang diingatkan oleh pengarah program untuk dilakukan oleh setiap peserta setiap kali ingin memohon tajaan.

1 Setiap pengangkutan keluar KUKTEM hendaklah berurusan dengan saudari Hanis
2 Mesti memakai kad matrik sewaktu bertemu dengan pihak penaja
3 Pemakaian mestilah smart dan formal dengan seluar slack gelap serta berstokin gelap
4 Sentiasa bersedia dengan segala dokumen penajaan yang diperlukan
5 Etika hendaklah datang awal sebelum temujanji
6 Perkenalkan diri terlebih dahulu dan mengikut situasi menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris
7 Followup paling penting
8 Sentiasa membuat brainstorming bersama ahli KOREIV’07 sebagai persedian untuk membuat pembentangan kepada pihak penaja

10. Pengarah ada mencadangan untuk memohon derma tajaan daripada pensyarah setiap fakulti.

11. Permohonan tajaan dari RAKAN MUDA akan diuruskan oleh saudara Khomathan.

No comments: