Thursday, January 04, 2007

Latest update bersama bos, BD, Dewi , Uddin & aku

3 Januari 2007.

Tanggal hari rabu satu pertemuan antara MT di buat.

Jadi ada discussion di kalangan kami.

Kalo semua nak tahu antara agenda adalah:

ü Pemakluman kepada MT yang tidak hadir semasa cuti mengenai perkembangan terkini program
ü Perbincangan kertas kerja penajaan
ü Perbincangan agenda mesyuarat untuk mesyuarat kali ke 3

Lepas itu, turut bincang pasal:

1. Program motivasi oleh Unit Projek Khas saudara Shahfiran ada dua bahagian:
a. Program Motivasi
b. English Camp


ü Program dijangka bermula pada minggu ke 3
ü Surat permohonan menggunakan nama Mpp
ü Melibatkan sekolah menengah dan rendah sekitar Kuantan
ü Ditetapkan 1 pelajar dengan bayaran RM 5

2. Program penyelidikan
a. Metodologi yang ingin digunakan masih belum disahkan
b. Tajuk yang sesuai belum ditetapkan dan boleh mendapat nasihat dari pihak penaja utama atau ‘brainstorming’ ahli jawatankuasa program
c. Penyelidikan berdasarkan ‘Tekno-usahawan’ masih diteruskan
d. Unit penyelidikan akan menetapkan masa & tempat berkaitan penyelidikan
e. Metadologi penyelidikan akan dipantau oleh saudari Dewi dan mendapatkan nasihat dari Miss Haslinda dan Puan Ina
f. Sebanyak 50 sample dari pelajar Malaysia perlu didapatkan
g. Penyelidikan makanan tidak bermasaalah melainkan semasa bersama keluarga angkat

3. Unit Multimedia yang diuruskan oleh saudara Shafiq ditugaskan untuk menyiapkan ‘design’ banner,flyres (korea/kuktem&program),poster dan buku program. Selain itu, mendapatkan ‘contact’ rakan media dan mendapat kerjasama dari Unit Korporat KUKTEM.

Setelah memastikan dewi & uddin faham akan apa yang berlaku terhadap koreiv07.

Maka ceritala pasal perkembangan program:

Antaranya: Ini berdasarkan apa yang setiausaha paham dan dengar kalau ada lebih lagi harap boleh beritahu pada saya ye..

1. Ahli jawatankuasa tajaan sudah menyiapkan senarai penaja yang ingin di pohon dan meneruskan usaha mencari tajaan menggunakan ‘email’ dan telefon. Sebanyak 30 buat syarikat memberikan maklum balas yang positif.
2. Unit kebudayaan & cenderahati sudah berhubung dengan Tourism Pahang, KEKWA dan Taman Budaya Pahang. Ketiga-tiganya memberi maklum balas positif untuk memberikan penajaan kemahiran dan peralatan
3. Unit aktiviti telah menyiapkan semua perjalanan aktiviti dan segala perubahan tertakluk kepada Timbalan Pengarah I
4. Unit Tugas-tugas Khas dalam usaha menyiapkan kertas kerja ‘Industrial Attachment’
5. Unit Dokumentasi telah menyiapkan kertas kerja Majlis Kesyukuran & Perasmian program
6. Unit Multimedia telah menyediakan blog & email program untuk memudahkan perjalanan program
7. Unit Projek Khas dalam perancangan menghubungi sekolah-sekolah sekitar Kuantan untuk program motivasi & English camp
8. Surat permohonan mengadakan program antarabangsa telah dihantar dan diterima pihak KPT pada 18 Disember 2006. Oleh itu, dijangka kelulusan akan diterima akhir bulan Januari.

Rasanya cukup setakat ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar yea..

ASSALAMUALAIKUM

No comments: